saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 02/03/2014

BISIK-BISIK: Azmin atau Khalid

KEPUTUSAN Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim untuk mencabar Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR menyerlahkan betapa perseteruan politik sesama mereka tidak dapat dibendung lagi.

Ia dilihat sebagai tindak balas Khalid yang bosan dengan serangan Azmin serta para pengikutnya dalam beberapa isu kebelakangan ini.

Awang percaya keputusan itu diambil setelah Khalid mengukur baju di badan sendiri. Lebih-lebih lagi mendapat sokongan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan ramai pemimpin PKR termasuk Nurul Izzah, Tian Chua, Saifudin Nasution dan Johari Abdul. Atas kertas Azmin lebih berpengaruh di akar umbi untuk terus mempertahankan jawatannya. Namun peluang Khalid untuk menang terbuka luas dengan perkembangan terbaharu.

Bahkan, semalam Khalid menyatakan mampu mengatasi Azmin kerana prestasi beliau lebih baik selain menekankan ‘tidak mempunyai agenda peribadi’.

Kini Khalid berani isytihar ‘perang’ ke atas Azmin. Suara panglimanya mula berkumandang. Maka tercetus tanda tanya mengapa Khalid membuat pengumuman itu sekarang, walaupun pemilihan parti pada Mei, masih lama lagi.

Apakah itu isyarat beliau tidak mungkin melepaskan jawatan Menteri Besar untuk memberi laluan kepada Penasihat PKR, Anwar Ibrahim jika menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang? Berdasarkan kenyataannya semalam, beliau membayangkan tidak akan berundur.

Hubungan Anwar dan Khalid tidak sebaik dulu. Beberapa keputusan pentadbiran Khalid termasuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan bagi menstrukturkan semula bekalan air Selangor, Rabu lalu tidak dirujuk kepada Anwar, menyebabkan bosnya itu kurang senang.

Persoalan lain, siapa yang Anwar akan sokong jika berlaku pertandingan antara Azmin dan Khalid? Jawapannya mudah, Anwar akan memihak kepada Azmin iaitu pemimpin PKR yang paling dipercayainya selain ikatan istimewa bagaikan keluarga. Apatah lagi rahsia Anwar cukup banyak di tangan beliau, yang sebahagian kisah sudah diperkatakan umum. Itu sahaja sudah cukup buat Anwar tak keruan.

Kini Azmin menunggu pendirian Anwar apakah beliau mahu bertanding Presiden selepas isterinya Wan Azizah setuju memberi laluan?

Sekiranya Anwar mahukan jawatan Presiden, Azmin kekal bertanding timbalan. Jika Anwar enggan bertanding, Azmin akan melangkah ke jawatan nombor satu.

Tetapi bagaimana seandainya Anwar didapati bersalah dalam rayuan kes liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara? Apakah Azmin akan diberi laluan mudah menjadi Presiden PKR tanpa Anwar di sisi? Kita tunggu.

- AWANG SELAMAT

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.