saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 11/03/2014

Takdir baharu Projek Kajang

KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim merubah senario Projek Kajang. Anwar kini tidak lagi menjadi ancaman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dia tidak bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Semuanya ini ketentuan Allah SWT.

Menariknya Dr. Wan Azizah Wan Ismail dijadikan calon ganti. Wan Azizah diketahui sekian lama bersama dengan Abdul Khalid dalam perseteruannya dengan Azmin Ali . Ini menyebabkan Azmin berasa tidak senang duduk. Azmin kini pula kena mencari strategi baharu menghadapi Azizah-Khalid.

Kalau Abdul Khalid masih lagi dikekalkan sebagai Pengarah Pilihan Raya DUN Kajang ia suatu kekuatan bagi Wan Azizah. Azmin akan menjadi lebih resah-gelisah.

Takdirnya Abdul Khalid digantikan dengan orang lain, isu baharu akan berbangkit.

Meneliti hubungan Khalid-Anwar kerana isu air jelas memperlihatkan pertentangan. Setakat ini Abdul Khalid masih bertahan dengan pendiriannya mengenai MoU air dengan Kerajaan Pusat. Takdirnya, Wan Azizah masih bersama Khalid, janggal rasanya Wan Azizah menolak MoU itu. Abdul Khalid ada kekuatan di situ.

Anwar dan orangnya pula sudah pasti akan menggunakan isu hukuman lima tahun penjara itu sebagai hujah politik dalam kempen DUN Kajang. Keputusan mahkamah sudah diambil.

Penulis sendiri menunggu kalau-kalau saksi alibi ditampilkan semula. Ia tidak berlaku di mahkamah. Keputusan Mahkamah Rayuan mengambil kira proses Mahkamah Tinggi yang menghasilkan 69 kali penangguhan. Mahkamah Rayuan memutuskan berasaskan fakta dan data yang sahih. Peguambela tidak lagi mampu berhujah dengan gagah untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang terdahulu.

Allah mentakdirkan Anwar jadi begitu. Semasa keputusan Mahkamah Rayuan dibuat, tidak ramai penyokongnya bersama berbanding dengan keterampilan terdahulu. Kalau dulu ribuan penyokongnya bersama, kali ini berlaku sebaliknya.

Apakah ini gambaran orang sudah letih dengan apa yang terjadi? Atau orang sudah semakin faham membezakan isu undang-undang dan politik peribadi yang dibawa oleh Anwar.

Umur Anwar sudah 66 tahun sekarang. Lima tahun takdirnya di penjara sudah melewati 70 tahun dan bakal terlepas peluang untuk terlibat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri sudah tentu ada kesan. Kedudukan di Permatang Pauh akan terjejas.

Anwar dikenali sebagai pemidato hebat dan auranya diminati generasi muda. Apakah apabila dipenjara, ia akan kekal begitu?

Anwar berjaya membawa DAP dan Pas bersama PKR dalam pakatan politik pembangkang. Tahaluf siasi terjadi antara kelompok yang mempunyai ideologi politik yang berbeza. Tanpa Anwar apakah ini masih boleh terus terjadi?

Keperluan DAP terhadap Anwar, semua orang tahu. Kemampuan Wan Azizah menjadi faktor penyatuan pembangkang tidak kukuh.

Untuk Pas kekal dalam pakatan menimbulkan persoalan. Pas masih ingin memperjuangkan negara Islam dan hududnya. DAP tidak akan bersetuju. Tanpa Anwar bersama apa-apa boleh berlaku. Projek Kajang mengubah senario politik Selangor dan Malaysia.

Takdirnya Wan Azizah menang, dia tidak ada cita-cita menjadi Menteri Besar Selangor. Setakat ini umum mengetahui Khalid ialah proksi Wan Azizah dalam menghadapi kemelut dengan Azmin.

Bila isu Anwar hendak gantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar padam, cita-cita Anwar menguasai Selangor dan mela­kukan lonjakan ke Putrajaya padam juga. Inilah takdir politik. Manusia boleh merancang. Akhirnya Allah menentukan.

Banyak hikmah yang boleh dipelajari daripada Projek Kajang dan hukuman yang bakal diterima oleh Anwar. Projek Kajang adalah cetusan strategi politik Anwar untuk menguasai Selangor dan Putrajaya. Ternya­ta ia gagal.

Anwar masih berazam menjadi Perdana Menteri selepas PRU14 nanti. Takdirnya usia Anwar dipenjara melepasi tarikh PRU-14, azam akan tinggal sebagai azam.

Orang Islam diajak merenung ke dalam diri. Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku. Sebab itu takdir dari-Nya terjadi. Selagi kita hidup Allahlah menjadi rujukan kita.

Takdir kita lupa Allah, Allah tidak pernah melupakan kita. Ini memerlukan deep thinking atau tafakur yang tinggi. Ia boleh membawa manusia menemui dirinya semula dan yakin takdir Allah pasti terjadi terhadap hamba-Nya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.