saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 24/03/2014

Cabaran Jokowi sebagai calon Presiden Indonesia

Penyokong Jokowi bersorak sambil memegang poster Gabenor Jakarta itu sebagai mengalu-alukan pengumuman namanya sebagai calon Presiden Indonesia pada 14 Mac lalu. - AGENSI

HARAPAN rakyat yang tinggi menggunung kini terpikul di bahu tokoh yang paling popu­lar di Indonesia hari ini iaitu Joko Widodo atau lebih mesra disapa Jokowi. Sebaik sahaja mengumumkan kesediaan menjadi calon Presiden Indonesia mewakili Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) seluruh tumpuan diberikan kepada Gabenor Jakarta yang sangat popular itu.

Sebelum pengumuman dibuat hujung minggu lalu, baik Jokowi mahupun Ketua Umum PDI-P, Megawati Sukarnoputeri berdolak-dalik mengenai siapa yang bakal mewakili parti berkenaan. Barangkali, banyak perhitungan perlu dibuat oleh kedua-duanya­ sebelum bersedia mengumumkan nama yang akan mengusung bendera parti untuk bersaing di bursa Presiden Indonesia.

Keputusan Jokowi yang sudah dijangka itu rupa-rupanya mengundang ‘masalah’ kepada parti-parti politik lain. Ini kerana beliau dilihat umpama ‘tsunami politik’ yang bakal meranapkan harapan dan cita-cita besar politikus lain. Fenomena Jokowi terletak pada keperibadiannya yang sangat dekat dengan rakyat sehingga dianggap pemimpin yang paling bersinar berbanding lawan politiknya yang lain.

Rakyat Indonesia juga mengagumi ­pres­tasinya sebagai Gabenor Jakarta yang sangat komited memperjuang nasib mereka.

Tidak ketinggalan, masyarakat juga pada masa sama sudah boleh menghidu dan mengesan salah laku lawan politik beliau. Kerana itu, parti-parti politik lain sudah semakin menggelabah dan terpaksa menukar percaturan politik dalam usaha meraih undi bagi pilihan raya peringkat Parlimen pada 9 April ini dan peringkat presiden (9 Julai).

Masakan tidak, keputusan Megawati mencalonkan Jokowi sebagai calon presiden mewakili PDI-P disifatkan pemerhati politik dari Universiti Muhammadiyah Yogyakarta, Tunjung Sulaksono sebagai langkah tepat mengubat kerinduan masyarakat terhadap seorang pemimpin berjiwa rakyat.

“Hal itu yang menyebabkan sebahagian masyarakat menyokong sepenuhnya Jokowi sebagai presiden," kata pensyarah itu kepada media tempatan baru-baru ini.

Pada masa sama, Tunjung juga menjelaskan, pemilihan Jokowi sebagai calon PDI-P untuk memimpin 234 juta rakyat Indonesia juga berkait rapat dengan peranan besar yang dimainkan oleh Megawati.

Megawati disifatkan Tunjung, memiliki pemikiran politik yang sangat luar biasa sehingga berupaya memilih tokoh yang tepat pada momentum yang juga sangat tepat.

Pemerhati politik juga melihat kesediaan Megawati memberi laluan kepada kader politiknya itu untuk bertanding kerusi nombor satu dalam pentadbiran Indonesia juga meru­pakan hasrat yang sangat luhur dan murni.

Ini kerana Megawati terpaksa mengetepikan keinginan dan hasrat peribadi dan penyokong-penyokongnya yang sebelum ini menggesa beliau bertanding sekali lagi.

Percaturan politik yang dibuat oleh anak presiden pertama Indonesia, Sukarno ini merupakan strategi politik yang barangkali sukar dilakukan oleh mana-mana pemimpin lain.

Kelebihan, pengalaman dan seni berpolitik yang diwarisi daripada bapanya menyebabkan Megawati muncul sebagai seorang pemimpin yang sangat realisitik. Kerana pengalaman juga, Megawati percaya bahawa kepimpinan parti harus melibatkan tokoh-tokoh dari wilayah atau daerah kerana kepimpinan sedemikian akan menyebabkan parti lebih dihormati.

Sesebuah parti politik dari kaca mata Megawati tidak boleh hanya bergantung pada pemimpin di peringkat nasional dan kerana itu beliau komited dan konsisten melahirkan angkatan generasi baru termasuk mencalonkan Jokowi.

Jokowi yang berusia 52 tahun dianggap masih muda dan diyakini bakal membawa Indonesia ke mercu kegemilangan kerana pemimpin ini disenangi oleh segenap lapisan masyarakat dari kota besar sehingga ke daerah pedalaman.

Namun pada masa sama, kebim­bangan segelintir pihak ialah Jokowi akan menjadi ‘boneka’ kepada Megawati apabila memasuki pejabat presiden kelak. Ini kerana semua orang mengetahui bahawa rasa hormat dan patuh Jokowi pada Megawati terlalu tinggi.

Dan kalau bukan kerana peranan bosnya itu, tidak mungkin Jokowi berpeluang dicalonkan untuk merebut kerusi Presiden Indonesia ketujuh menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono yang akan menamatkan per­khidmatannya pada September depan.

“Kekhuatiran saya ialah Jokowi hanya akan menjadi ‘boneka’ Megawati. Ini kerana Jokowi memiliki kepatuhan yang luar biasa kepada Megawati," kata pemerhati politik dari Universitas Indonesia, Agung Suprio.

Kebimbangan lain yang disuarakan Agung ialah Jokowi kelak tidak boleh bebas membuat keputusan melibatkan pentadbirannya kerana terikat dengan ‘pengaruh’ Megawati.

Justeru dalam memastikan pemilihannya sebagai calon presiden adalah tepat, Jokowi kata Agung, harus memberi penekanan kepada visi dan misi yang jelas supaya masyarakat dapat menilai.

Seperti mana harapan rakyat yang menggunung tinggi terhadap Jokowi untuk mengubah masa depan mereka, begitu juga aspirasi yang turut dilontarkan oleh pemerhati politik pada pentadbiran beliau nanti.

Jokowi harus sentiasa mengingatkan dirinya seandainya sudah tertulis rezeki untuk beliau menjadi Presiden Indonesia, tanggungjawab yang dipikul bukan semata-mata untuk perjuangan parti PDI-P atau Megawati yang mengusungnya sebagai calon.

Sebaliknya, kepentingan seluruh rakyat Indonesia harus menjadi keutamaan Jokowi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.