saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 05/04/2014

Perjalanan sekeping surat

PUSAT Mel Nasional di Shah Alam yang menggunakan peralatan serba moden untuk memproses kira-kira 3.5 juta surat setiap hari.

DALAM masa seminggu berapa banyak surat yang memenuhi peti surat anda?

Persoalan itu mungkin dapat memberi gambaran betapa rumit kerja-kerja pemprosesan surat yang dilakukan oleh Pos Malaysia Berhad di seluruh negara. Bahkan mungkin ramai tidak pernah terfikir tentang perjalanan yang dilalui oleh sepucuk surat selepas ia dikirim sehingga tiba di pintu rumah penerima.

Untuk melihat bagaimana pemprosesan surat dilakukan, kru S2 baru-baru ini ke Pusat Mel Nasional (NMC) di Seksyen 21 Shah Alam ditemani Ketua Operasi E2E, bahagian Komunikasi dan Penyelesaian Pengedaran, Pos Malaysia Berhad, Zaini Yahman.

NMC merupakan salah satu daripada empat pusat pemprosesan mel (surat) utama di negara ini yang menguruskan surat dari tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Pengalaman berada di gudang surat yang beroperasi 24 jam sehari itu tidak ubah seperti berada di dalam sebuah kilang pengeluaran yang dilengkapi dengan mesin-mesin yang beroperasi secara automatik.

Berapa banyak surat yang diproses setiap hari?

Itu soalan pertama penulis kepada Zaini sebaik sahaja melangkah ke premis yang dibina di atas keluasan 8.9 hektar itu.

“Secara purata kami memproses 3.5 juta surat setiap hari. Jumlah itu meningkat sehingga 7.5 juta surat pada hari-hari puncak.

“Pemprosesan mel yang dilakukan di sini mewakili lebih daripada 80 peratus surat-surat dari seluruh negara,’’ balas Zaini.

Pemprosesan surat di NMC yang dibina dengan kos RM250 juta itu bermula dengan kerja-kerja pengisihan surat mengikut saiz sampul.

Selepas pengisihan katanya, surat-surat yang menggunakan sampul bersaiz standard (biasa) akan dimatikan setem sebelum diasing secara automatik.

“Mesin yang digunakan ini mampu memproses kira-kira 36,000 surat dalam masa sejam.

“Penentuan lokasi dilakukan oleh mesin berdasarkan angka-angka poskod pada sampul surat.

“Surat-surat yang sudah diasing mengikut poskod kemudian akan dimasukkan ke dalam dulang penghantar untuk dibungkus dan dihantar ke cawangan-cawangan penghantaran,’’ jelasnya.

Menurut Zaini, daripada jumlah keseluruhan mel yang diproses pada masa kini hanya 15 peratus merupakan surat persendirian manakala selebihnya adalah surat perniagaan berupa kiriman notis, penyata dan bil.

Katanya, walaupun jumlah penerimaan surat di seluruh negara merosot setiap tahun, pengiriman surat-surat perniagaan masih meningkat.

Beliau berkata, pertambahan surat-surat perniagaan mencatatkan peningkatan sejak 1995.

“Ia bermula melalui pengeposan katalog oleh pasar raya, syarikat kecantikan dan pakaian.

“Selepas itu muncul pula surat-surat kad keahlian seperti Real Rewards, kad Sogo, Bonus Link dan penghantaran bil oleh syarikat telekomunikasi,’’ kata beliau.

Beliau berkata, walaupun menghadapi saingan hebat daripada teknologi telekomunikasi yang serba moden dan pantas, servis penghantaran surat tidak akan sesekali berkubur.

Keyakinan itu menurutnya berdasarkan peluang-peluang yang dikenalpasti dan proses transformasi yang dilakukan oleh Pos Malaysia khususnya dalam mempelbagaikan produk dan servis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.