saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 06/04/2014

Apabila bacaan al-Quran dikomersialkan

DEWASA ini kelihatan tumbuh bagai cendawan produk-produk perniagaan yang kononnya dibacakan ayat al-Quran sama ada sepenuhnya 30 juzuk atau sebahagiannya. Produk ini dijual dengan harga yang tinggi dan lebih mahal daripada biasa. Adakah amalan ini diterima Islam?

Secara ringkasnya, saya bersetuju dengan pandangan rakan saya, Ustaz Ikmal Zaidi (pengamal perubatan Darul Syifa dan pensyarah KUIS) dalam mengupas topik jualan produk dibaca ayat al-Quran bagi tujuan komersial.

Berikut adalah pandangannya:

1 Ia bertentangan dengan konsep perubatan Islam sebenar sebab ia memerlukan pertemuan antara pesakit dan perawat. Doa yang dibaca didengar dan di amin bersama pesakit, diberi nasihat dan amalan oleh perawat bukannya setakat beli air yang rukyah yang telah sedia ada di kedai.

2 Pesakit akan lebih bergantung kepada bahan-bahan, ubat-ubat atau air yang dirukyah tanpa berusaha memperbaiki akidahnya bahawa Allah yang menyembuhkan bukan bahan dan rukyah itu.

3 Pengkomersialan yang melampau dan ada unsur mempergunakan al-Quran sebagai pelaris barangan seolah-olah menjamin kesembuhan dan keselamatan dalam perjalanan dan sebagainya.

4 Terdedah kepada penipuan contohnya bacaan 30 juzuk al-Quran sepatutnya dibaca langsung ( tetapi menerusi pemain DVD dan sebagainya).

Kesembuhan yang dicari tidak menghalalkan ikhtiar yang dibuat sesuka hati tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada umat Islam yang kurang keimanannya. Cara terbaik adalah dengan mendidik mereka mengenal dan yakin Allah menurunkan penyakit dan mengajar mereka berdoa dan meminta kepada Allah. Ajar juga konsep Qada dan Qadar hakikat kesembuhan dan sebagainya (Ustaz Ikmal Zaidi)

Selain daripada hujah yang dikemukakan di atas, saya ingin menambah lagi hujah seperti berikut:

1 Memang benar menjual minuman dengan jampi hukum asalnya adalah harus dengan syarat pada harga biasa produk yang sama. Contohnya air mineral biasa RM1.50, air mineral jampi juga RM 1.50. Ini kerana dalam hadis yang menyebut sahabat mendapat upah atas jampian apabila terbukti berkesan. Justeru selagi belum berkesan, menaikkan harga makanan tersebut adalah dikira syubhah yang membawa penipuan.

2 Ubat yang diberikan oleh doktor harganya pada fizikal ubat dengan bahan kimia adunan khas itu. Semuanya bersifat adunan fizikal istimewa dan diuji secara sunnatullah (hukum alam). Air mineral atau bahan berjampi juga dibeli fizikal tapi fizikal bercampur 'jampi' tidak dapat diukur dan tidak juga dapat dinilai dengan harga mata wang. Justeru harga barangan dijampi tidak boleh dibezakan dengan harga air yang tidak dijampi.

3 Tindakan ini telah membuka pintu fitnah terhadap al-Quran, khususnya apabila al-Quran bukan dibacakan sahaja pada air minuman, malah minyak wangi, ayam ternakan, makanan suplemen dan mungkin pada minyak petrol, daging ayam, lembu, ikan, sudu, garpu, pinggan, baju, komputer jampi dan entah apa lagi. Dengan alasan ada nilai tambah lalu dinaikkan harganya. Semua ini akan menimbulkan fitnah baharu kepada Islam dan al-Quran sedangkan memperdagangkan bacaan al-Quran dalam bentuk sedemikian bukan fungsi sebenar al-Quran.

4 Ulama menegah bacaan al-Quran dibuat di pasar-pasar jualan, kerana ia menghilangkan fungsi sebenar al-Quran. Ini mendedahkan kepada penghinaan oleh pesaing dan juga mendedahkan al-Quran dikritik oleh pengguna akibat tidak sembuh atau tidak capai manfaat hebat yang dijanjikan penjual.

5 Bacaan al-Quran untuk pengubatan juga memerlukan bacaan terus daripada pembaca berbanding dunia bisnes yang menjadikan kaset sebagai pembacanya.

6 Kesembuhan bacaan al-Quran mesti terus daripada mulut perawat secara langsung agar pemulihan daripada Allah datang daripada keberkatan bacaan langsung dan kesolehan perawat serta doa khusus perawat. Jika sekadar daripada kaset, saya kira suatu hari nanti tauke bukan Islam akan membuat produk sebegini dengan jumlah lebih besar.

Penulis ialah panel penasihat syariah AS-SIDQ. Untuk maklumat lanjut sila layari www.assidq.com.my

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.