saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 14/05/2014

Terengganu kalut, Ku Li dihargai dan Dyana Sofya...

Dyana Sofya Mohd. Daud

Mat Said semakin kuat?

SEWAKTU Cuit ini ditulis, kemelut di Terengganu sedang kalut.

Semua pihak terpinga-pinga. Namun saya melihat kemelut ini memihak kepada Ahmad Said.

Saya melihat kuasa Ahmad Said, bekas MB yang disingkirkan, semakin kuat.

Mengapa saya kata begitu. Jika kekal Ahmad Said bersama-sama rakan setianya menjadi calon Bebas - maka Ahmad Said bukanlah orang yang boleh dimain-mainkan.

Ahmad Said akan menjadi kuasa penentu.

Kuasa tawar-menawarnya (bargaining power) lebih hebat daripada BN mahupun Pas (yang berkongsi dengan PKR).

Setakat ini kedudukan kerusi DUN BN 14, Pas 14, PKR 1 dan Bebas tiga (selain Ahmad Said, Roslee Daud ADUN Bukit Besi dan Ghazali Taib ADUN Ajil). Jumlah DUN 32. BN dalam PRU lalu mendapat 17 kerusi dan pembangkang 15.

Namun begitu jika Ahmad Said mengambil pendirian bersatu dengan Pas, maka dia hanya akan menjadi bubur. Dengan dua orang bersamanya dalam pakatan Pas, dia akan dilunyai.

Paling tinggipun Ahmad Said boleh pergi hanyalah layak menjadi Speaker DUN sahaja atau Exco. Atau pun, jika dilantik menjadi Timbalan MB, Ahmad Said hanyalah boneka.

Kini kuasa dan keputusan serta penentuan di dalam tangan Ahmad Said.

Ahmad Said kini sepatutnya, harus ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh BN dan Pas.

Namun terserah kepada Ahmad Said. Mahu kekal sebagai bargaining power dan menjadi Bebas, atau menjadi bubur?

Keputusan UMNO yang mengumumkan pertukaran tampuk kerajaan Terengganu yang kaya minyak itu, sebelum majlis perkahwinan “anak MB Ahmad Said" Sabtu 17 Mei ini -- dikatakan terburu-buru dan tiada budi bicara.

Ia amat mengecewakan Ahmad Said.

Betulkah nasihat yang diterima oleh PM? Allahualam.

Ku Li mahu come back?

MALAM kelmarin saya menghadiri majlis makan malam di sebuah restoran berhampiran segi tiga emas dekat KLCC. Jemputannya kecil sahaja.

Ia diadakan bagi meraikan Ku Li, Tengku Razaleigh Hamzah yang sehari sebelum itu dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kewangan) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penganugerahan itu diberi ekoran sumbangan Ku Li yang tidak ternilai kepada negara.

Beliau adalah pengasas Petronas, Bank Bumiputera mahu pun arkitek yang diberi tanggungjawab membangunkan Ibu Pejabat UMNO dan PWTC. Sumbangannya banyak lagi.

Saya dijemput atas platform sebagai Presiden Alumni UiTM Malaysia.

Namun ramai yang hadir terdiri daripada rakan-rakan Ku Li, terutama dalam parti Semangat 46 dahulu.

“Masih lagi ada orang yang ingatkan saya..." katanya sambil ketawa kecil cara Ku Li, semasa diminta berucap.

Ku Li kemudian memotong kek hari jadinya yang ke-77.

Majlis makan malam itu dihoskan oleh Datuk Ibrahim Ali, yang juga Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Ibrahim seperti biasa gemar bercerita kisah-kisah silam, yang saya merasa cukup relevan untuk sejarah politik negara.

“Saya sedang menulis memoir mengenai kisah hidup saya. Kisah-kisah politik yang tidak pernah diceritakan di mana-mana sebelum ini," kata Ibrahim atau dipanggil Tok Him.

Banyak watak-watak akan didedahkan, katanya.

Ia membabitkan kisah-kisah Tun Mahathir, Ku Li, Musa Hitam, Pak Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Najib Tun Razak serta kisah di zaman 'revolusioner' sebagai pemimpin siswa ITM, yang terbabit dalam demonstrasi pelajar pada 1974.

Pada malam itu, saya melihat wajah-wajah orang keliling Ku Li, yang hadir masih bersemangat, walaupun sudah lama tidak ke­temu.

Apakah Ku Li akan make a come back dalam politik arus perdana?

Orang-orangnya dikatakan sudah bersiap sedia.

Dyana Sofya calon DAP Te­lUk Intan?

SIAPA itu Dyana Sofya? Nama penuhnya Dyana Sofya Mohd. Daud. Berusia 27 tahun.

Keluarganya, terutama ibunya ialah bekas orang kuat Wanita UMNO di Perak. Kerana kecewa dalam UMNO dia menjadi penyokong DAP.

Anaknya, Dyana Sofya kini ialah Setiausaha Politik Melayu kepada Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Angin-angin bertiup mengatakan Dyana Sofya akan dicalonkan bertanding atas tiket DAP di PRK Parlimen Teluk Intan.

“Dia tulah Dyana Sofya akan menjadi calon DAP di Teluk Intan," bisik seorang kawan kepada saya semasa majlis makan malam meraikan Ku Li malam kelmarin.

Dyana Sofya hadir ke majlis itu bersama-sama ibunya, Yammy Samat.

Saya tidak sempat bertemu de­ngan Dyana Sofya mahupun ibunya pada malam itu untuk mengesahkan dengan tuan tubuh sendiri.

Awal tahun 2012, siswazah undang-undang dari UiTM itu mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri pada satu sidang media khas.

Dalam wawancara Malaysiakini bertajuk “Dyana, dari keluarga UMNO kepada bintang DAP", portal itu menulis: Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Apa pun kita tunggu benarkah goyangan pokok-pokok oleh khabar angin itu.

Jika benar, adakah BN akan tetap meletak calon dari MCA atau calon Melayu?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.