saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 30/07/2014

Khalid atau Azizah; Semangat beri balik dan RTC Ipoh tolong pantau!

Selangor Oh Selangor, terus kalut...

KEMELUT politik Selangor menguasai meja-meja makan di hari raya. Memang benar kerusi MB Selangor itu amat diidam-idamkan.

Keluarga Anwar Ibrahim sudah menunjukkan belangnya. Rupa-rupanya mereka amat terliur dengan kerusi itu. Selangor ialah negeri terkaya di negara ini yang diasaskan oleh MB-MB UMNO dan kerajaan BN terdahulu.

Melihatkan keghairahan Dinasti Anwar itu, golongan ulamak konservatif Pas pun mengerut dahi dan mengangkat kening. Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat sudah bersuara.

Sebaliknya, puak liberal Pas menyokong langkah keluarga Anwar itu.

Empayar Lim Kit Siang DAP pula menjeling dari jauh. Mereka tidak mahu mengocakkan lagi keadaan. Mereka bermain dengan taktikal. Kekuatan mereka adalah hasil daripada sokongan padu Melayu dalam pakatan pembangkang dan kecelaruan Melayu-Melayu yang lain.

MB Khalid Ibrahim pun main politik. Tuanku Sultan di belakangnya. Tuanku tidak mahu negeri takluknya diperintah oleh orang politik yang bukan-bukan.

Malah Tuanku pun sudah pening dengan cara Selangor ditadbir - terlalu mengikut telunjuk DAP yang sudah menuntut sama rata itu dan ini.

Sehinggakan sekarang satu tanah masjid yang mahu dianugerahkan, kena ganti - secara adil - sekeping tanah untuk tokong, gereja dan kuil. Dulu tidak pernah berlaku benda-benda macam ini.

Tuanku Sultan Selangor sedang memerhati. Pemerhati politik pun sedang mengikuti dengan berdebar-debar.

Ada yang memberi pandangan bolehkah MB Khalid memohon perkenan DYMM Tuanku untuk membubarkan DUN Selangor dan dikembalikan mandat kepada rakyat bagi menentukannya?

Biar digegarkan negeri itu dan semua orang terkejut.

Ada yang optimis, pihak istana dan Khalid akan melakukan sesuatu untuk tidak memudahkan Wan Azizah Wan Ismail, isteri kesetiaan Anwar mengambil alih kerusi MB.

Istana tahu puak-puak liberal dalam Pas Khalid Samad dan Mat Sabu di belakang Anwarinas.

Malah difahamkan jika kekalutan ini berterusan maka 12 ADUN UMNO pun akan memberi sokongan moral kepada MB Khalid.

Kegawatan isu MB Selangor ini juga akan menyaksikan Haji Hadi dan gengnya bersemangat mahu 'menewaskan' Mat Sabu dan geng-gengnya.

Namun, ingatlah MB Khalid ini pun seorang yang susah dijangka (unpredictable).

Mungkin bubar DUN ialah pilihannya jika kekalutan ini gagal diatasi.

Sama ada BN akan menang atau PR akan menang, Selangor akan mendapat MB baru.

Ia juga akan menyebabkan kumpulan liberal Pas yang diketuai Mat Sabu dan Khalid Samad bakal mengumpulkan kekuatan daripada kalangan AJK Pas kumpulan Erdogan untuk mengambil alih kekuatan AJK Pas kumpulan ulama?

Apapun bukan mudah untuk menukar MB Selangor.

Satu faktor ialah anak negeri; kedua faktor jantina; ketiga perkenan sultan; ke-4 faktor Nik Aziz, Haji Hadi dan Dewan Ulama dan akhir sekali tentangan 12 ADUN UMNO dan mungkin beberapa ADUN PKR sendiri.

Apapun juga, kita kena pegang betul-betul cakap MB Khalid; Dia memberitahu Tuanku Sultan yang dia tidak akan mengabai amanah baginda dan rakyat untuk mentadbir Selangor dengan cemerlang sehingga habis penggal.

Kedua, Khalid tidak akan menghalang DUN membentang usul undi tidak percaya. Ketiga, Khalid juga beritahu dia tidak akan terkesan dengan cakap-cakap, kritikan untuk dia letak jawatan.

Ini bermakna MB Khalid sudah bersedia untuk patahkan apa sahaja usaha menjatuhkan beliau sebelum habis penggal kedua ini.

Hebat juga MB Khalid ini. Tengoklah bagaimana dia berjaya padamkan hasrat pimpinan tertinggi parti untuk bertanding di DUN Kajang dan akhirnya dia terus kekal MB sehingga kini.

Mat Sabu dan geng kini terkedu kerana dengan jelas semua pihak terutama Pas akar umbi telah melihat Nik Aziz, Haji Hadi, Ahmad Yaakob, Tuan Ibrahim, Dewan Pemuda Pas Pusat serta Pas Selangor menyokong MB Khalid.

Lebih-lebih lagi Sultan juga kini murka dengan Khalid Samad dan isu fitnah mengenai anakanda baginda.

Apa pun jika berlaku snap election di Selangor maka ia adalah ujian sebenar (sekali lagi) bagi UMNO Selangor.

Pilihlah calon-calon yang betul - ala Jokowi - untuk ambil balik negeri itu. Orang lama jangan campur tanganlah...

Semangat Memberi Balik - Tanpa UiTM Siapalah Kami?

SAYA bagi pihak Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H kepada seluruh warga alumni yang beragama Islam di mana sahaja mereka berada.

Marilah kita di hari yang mulia ini menjalinkan semangat silaturahim antara kita, terutamanya dalam memartabatkan alumni ke tahap yang dihormati, disegani dan dikagumi.

Di masa para siswa-siswi, UiTM dan alumni diserang dan diperlekehkan, semangat bersatu hati ini amat penting sekali untuk diterapkan di jiwa kita semua.

Mereka mempersenda kita kerana kita hebat. Mereka tahu kita hebat. Usaha untuk memburukkan kita selaku institusi keramat bumiputera ini akan terus diusahakan.

Alhamdulillah alumni hasil daripada institusi keramat ini kini berada melata di seluruh muka bumi ini di Amerika Syarikat, di Eropah, di Abu Dhabi, di UAE, di Australia, di New Zealand serta di tanah air kita.

Mereka berbangga membawa panji-panji UiTM dan ITM. Kita bukan lagi boleh diperlekeh sebagai institusi kelas ketiga.

Di Malaysia, para alumni kita telah berjaya menjadi kapten-kapten industri di sektor-sektor strategik; perbankan, pelaburan, minyak dan gas, penerbangan, telekomunikasi, pendidikan dan lain-lain.

Oleh itu, sudah sampai masanya, mereka yang berjaya ini bersama-sama kami memberi balik kepada institusi ini melalui Tabung Pendidikan Alumni UiTM RM1 Bilion yang sedang dilaksanakan oleh Persatuan ini.

Ia akan digunakan untuk tujuan pendidikan, kebajikan, biasiswa, membiayai penubuhan pusat-pusat kecemerlangan, penyelidikan dan sebagainya. Selain untuk alumni dan pelajar UiTM, ia juga terbuka kepada semua masyarakat yang memerlukan.

Sebuah Lembaga Pemegang Amanah Tabung Pendidikan Alumni UiTM RM1 Bilion telah ditubuhkan pada Mei 2014 untuk mengelola kutipan dan pengagihan dana ini secara lebih telus dan profesional.

Ia dinaungi oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan dipengerusikan oleh Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, yang juga CEO Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) serta Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad.

Anggota-anggotanya terdiri daripada para alumni yang kini menerajui organisasi ternama negara.

Ikuti portal rasmi PAUiTM di http://www.alumniuitm.org.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui aktiviti yang akan dilaksanakan.

Semangat Memberi Balik itu merupakan satu usaha murni yang akan diteruskan. Ingatlah kejayaan kita semua hari ini adalah hasil daripada pendidikan yang kita terima daripada institusi keramat ini.

Ingatlah, Tanpa UiTM/ITM/Maktab Mara yang diasaskan oleh para pemimpin terdahulu, Siapalah Kita Hari Ini?

Sebagai Presiden PAUiTM dan exco-exco yang dedikasi; dengan kerjasama pautan daripada gugusan persatuan-persatuan alumni negeri dan fakulti, kita akan membantu melonjakkan lagi alumni kita ke satu martabat yang tinggi.

Jika persatuan universiti Harvard boleh berjaya memberi balik kepada institusi mereka berjumlah berbilion-bilion dolar setiap tahun untuk kecemerlangan alumni dan organisasi itu; mengapa tidak kita yang kini sudah menjadi antara universiti yang terbesar di dunia.

Dengan jumlah alumni yang kini mencecah seramai 570,000 ia adalah satu kuasa atau force yang cukup besar.

Renungilah pepatah Melayu Lama ini: Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh (United we stand, divided we fall).

Harga di RTC Ipoh MAHAL?

PROFITEERING atau gejala mengaut untung keterlaluan sudah menjadi satu trend di Malaysia.

Orang Malaysia hanya membentak di dalam hati sahaja jika harga yang dibelikan itu mahal.

Mereka jarang berkata-kata dan bertanya. Hanya hati sahaja yang memprotes, bukan mulut. Itu mungkin sudah menjadi budaya orang Malaysia. Mereka tidak mahu bising.

Berapa sahaja harga yang juruwang letakkan, mereka terus bayar tanpa banyak soal, walaupun harganya kadang-kala tak masuk akal. Ia sering berlaku di kedai-kedai makan.

Namun, semasa pulang ke kampung malam Sabtu lalu selepas mengharungi trafik yang amat perlahan, saya singgah untuk makan sahur di RTC Ipoh.

Adalah sebuah restoran mamak di situ. Ramai yang beratur. Melihatkan kepada muka-muka mereka, semuanya kelihatan lapar.

Saya pun ambillah nasi dan sejenis lauk. Sampai di kaunter harganya ialah RM9 tanpa minuman. Mahalnya! Darah sudah membuak-buak. Sudahlah terperangkap dalam jam tadi. Perut pula lapar.

Saya bersuara. Apa pasal mahal sangat. "Ini telur ikanlah," dia kata. Saya cakap takkan sampai RM9. Ini sudah potong leher orang. Lebih mahal dari Kuala Lumpur.

Juruwang itu tidak langsung pandang muka saya apabila saya mempersoalkan mengapa mahal sangat.

Saya kata "ini RTC tau." RTC ialah Pusat Transformasi Luar Bandar yang diwujudkan untuk rakyat marhaen berurusan dan mendapatkan perkhidmatan yang baik dan murah.

Anak saya pun mengadu apabila nasinya yang mereka ambil pun mahal. Purata harga sepinggan nasi ialah RM10 ke atas, tanpa minuman.

Adakah kerana kedai itu sahaja yang memonopoli nasi kandar di situ, maka harga yang diletakkan sewenang-wenang ikut mulut cashier? Adakah kerana itu musim perayaan, maka ia adalah peluang untuk mereka mengaut keuntungan?

Saya cakap kepada juruwang itu: Tolong bagi tahu sama tauke, apa pasal harga di sini mahal sangat. Juruwang itu, tidak angkat mukanya. Dia terkejut kerana ada juga orang macam saya bersuara.

Sekurang-kurangnya mesej saya sampai. Pengguna sepatutnya adalah raja, baharulah peniaga akan hormat dengan kita.

Orang lain yang beratur di belakang saya, senyap tanpa bahasa. Mungkin mereka berduit kot...

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.