saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 29/09/2014

Pelantikan Exco: Pas akhirnya terima hukuman?

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bergambar bersama barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilantik selepas pada majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) di Istana Alam Shah, Klang, baru-baru ini.

DARIPADA empat sudah turun tiga. Agak­nya itu hukuman yang diterima oleh Pas kerana mengkhianati permuafakatan pakatan pembangkang apabila empat Exco kerajaan negeri parti itu menyokong Menteri Besar (MB) sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Daripada jumlah empat Exco Pas sebelum ini, hanya Iskandar Abdul Samad dan Dr. Ahmad Yunus Hairi dilantik semula dalam barisan pentadbiran kerajaan negeri di bawah MB baharu, Azmin Ali.

Dua lagi Exco iaitu Dr. Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi digugurkan dan hanya digantikan dengan satu kerusi yang diberikan kepada muka baharu, Zaidy Abdul Talib.

Sementara sebagai ganti kehilangan satu kerusi Exco, Azmin memberikan jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Pas.

Bagi Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman, pihaknya tidak pernah bersetuju supaya jumlah kerusi Exco parti itu dikurangkan, begitu juga pendirian Pas Pusat.

Katanya, pengguguran Halimah dan Sallehen adalah tidak berasas sama sekali dan bukan permulaan yang baik kepada pentadbiran kerajaan negeri yang baharu.

Bagaimanapun, ketidakpuasan hati itu hanya sekadar dizahirkan dalam bentuk kenyataan akhbar tanpa sebarang tindakan konkrit. Pas ternyata pasrah dengan keputusan Azmin mengurangkan satu kerusi dalam barisan Exco kerajaan negeri baharu yang diumumkan Jumaat lalu.

Parti Islam itu nampak mengalah lagi walaupun persefahaman menerusi tahaluf siyasi terus dicabuli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Walaupun mempunyai 15 kerusi dalam DUN Pas terpaksa reda melepaskan satu jawatan Exco semata-mata mahu menjaga hati sekutunya itu.

Meskipun Pas diberikan jawatan Timbalan Speaker DUN sebagai ganti, namun pe­ranannya tidak bermakna kerana tidak boleh mengubah dasar atau polisi pentadbiran kerajaan negeri demi kepentingan rakyat.

Sementara itu, bagi bekas ahli DAP yang cukup masak dengan sikap 'tolenrasi' Pas, Rahmad Isahak, parti Islam tersebut tidak sepatutnya kehilangan walau satu kerusi Exco kerajaan negeri.

Sebaliknya tegas beliau, parti itu sewajarnya berhak diberikan penambahan satu lagi kerusi Exco.

"Kalau tidak kerana pengorbanan mereka ini yang dilabel sebagai pengkhianat oleh DAP, berkemungkinan pilihan raya negeri terpaksa diadakan dan belum tentu pakatan pembangkang akan mendapat mandat baharu daripada rakyat Selangor," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, dalam isu berkenaan, pemimpin Pas nampaknya tidak dihargai malah terus dihukum seperti budak suruhan.

"Rakyat terutama orang Melayu pastinya begitu terkilan dengan sikap pemimpin Pas," ujarnya lagi.

Pandangan Rahmad ternyata ada kebenaran. Walaupun MB Selangor daripada PKR, parti itu tidak seharusnya lupa diri kerana siapa yang bertanggungjawab terlebih dahulu mencalonkan nama Azmin untuk jawatan tersebut kalau bukan Pas?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.