saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/10/2014

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

MUSIM tengkujuh bakal tiba. Dalam tempoh musim itu - bermula November ini hingga Mac tahun depan, Jabatan Meteorologi meramalkan lima fenomena hujan lebat dijangka berlaku di Pantai Timur melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebahagian Johor dengan taburan hujan dijangka antara 500mm hingga 600mm sebulan. Dengan taburan sedemikian rupa, berkemungkinan sekali banjir akan berlaku terutama di kawasan rendah.

Perkembangan yang diramalkan itu membolehkan kita mengandaikan akan berlaku banjir di Pantai Timur dan dalam keadaan tertentu negeri-negeri di Pantai Barat juga akan terlibat sama. Ini bermakna kita perlu bersedia menghadapi banjir.

Walaupun fenomena yang dijangka itu bukanlah asing kepada masyarakat kita, namun persediaan menghadapinya tetap menjadi suatu keperluan. Pertama, penduduk di kawasan yang dijangka terlibat perlu membuat persediaan awal, fizikal dan mental. Ini semua supaya mereka tidak cemas terutama jika banjir itu besar, yang boleh mengancam bukan sahaja harta benda tetapi nyawa keluarga. Kesedaran awal untuk berpindah ke kawasan selamat, jika diarahkan oleh pihak berkuasa perlu wujud terutama dalam diri ketua keluarga. Kerjasama penduduk dalam hal itu boleh melancarkan gerakan menyelamat dan perpindahan mangsa banjir.

Kesediaan pihak dan pelbagai agensi bantuan serta keselamatan juga perlu. Awang yakin pihak yang bertanggungjawab telah pun merencanakan hal tersebut. Kita tidak mahu melihat keadaan bantuan lambat tiba atau lambat diterima oleh mangsa banjir, hanya kerana persediaan pihak tertentu yang tidak rapi. Koordinasi antara pelbagai pihak yang terlibat amat perlu.

Apa yang ingin kita lihat jika berlaku banjir, mangsa memperoleh bantuan sewajarnya. Ini termasuklah tempat penginapan sementara dan bekalan makanan. Yang maha penting ialah tiada nyawa melayang akibat banjir. Sekali lagi peranan keluarga amat penting dalam memastikan kanak-kanak khususnya tidak menjadikan bah sebagai pesta air.

AWANG - Simpan perahu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.