saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 18/10/2014

Bersihkan agensi penguatkuasaan daripada pengkhianat

SEKALI lagi operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama Pasukan Petugas Khas, Jabatan Peguam Negara mencatatkan kejayaan dalam membanteras kegiatan penyeludupan diesel.

Kejayaan kali ini agak besar apabila 48,650 liter petrol dan 790 liter diesel bernilai RM1.6 juta berjaya dirampas dalam satu operasi Selasa lalu. Bahan api itu disimpan di empat lokasi di Durian Burung, Padang Terap dan Wang Kelian, Perlis.

Penulis difahamkan sindiket tersebut sudah lama beroperasi dan ia hanya berjaya dilumpuhkan baru-baru ini. Keadaan itu sudah tentulah menimbulkan persoalan sejauh manakah 'kekuatan' agensi penguat kuasa yang mengawal pintu sempadan?

Apakah mereka begitu lemah sehingga sindiket yang difahamkan sudah beroperasi bertahun-tahun begitu bermaharajalela? Penulis tidak berniat menuduh sesiapa atau memandang serong kepada mana-mana agensi penguat kuasa.

Tetapi kita tidak mampu menepis persepsi rakyat apabila mereka me­ngetahui bagaimana begitu mudah minyak dari negara ini diseludup keluar. Kerajaan mengeluarkan berbilion ringgit untuk memberi subsidi bagi mengurangkan beban rakyat negara ini tetapi malangnya ada pengkhianat yang memungkinkan ia dinikmati oleh rakyat negara jiran.

Penulis tidak mahu menuduh siapakah pengkhianat itu tetapi berdasarkan maklumat yang diperoleh ada sesuatu yang perlu dilakukan oleh semua agensi penguat kuasa di kawasan sempadan untuk melihat semula tahap integriti anggota mereka.

Adalah sesuatu yang membosankan jika dari semasa ke semasa, kita terus dihidangkan dengan pelbagai kejayaan membanteras jenayah khususnya penyeludupan yang akhirnya menjurus kepada berlaku amalan rasuah dalam kalangan agensi penguat kuasa.

Keadaan itu menyebabkan penguatkuasaan undang-undang hanya sekadar hiasan dan mungkin penjenayah tidak berasa gerun untuk melanggarnya kecuali apabila wujudnya pasukan khas seperti mana ditubuhkan Jabatan Peguam Negara.

Mahu tidak mahu kita harus mengakui integriti segelintir penguat kuasa berada pada tahap yang cukup rendah. Terlalu banyak maklumat yang diterima oleh penulis menunjukkan ia bukanlah satu fitnah tetapi kebenaran, malah ada antaranya cukup menakutkan.

Oleh itu sudah tiba masanya, kerajaan memandang serius soal integriti pasukan penguat kuasa ini. Satu operasi pembersihan secara besar-besaran yang diketuai oleh Pasukan Petugas Khas Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dilaksanakan segera.

Kita tidak boleh lagi berpura-pura seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku atau menganggap ia kes terpencil. Ini kerana sikap seumpama itu hanya akan menyebabkan pihak-pihak tertentu seperti sindiket mengeksploitasikan kegiatan haram mereka.

Anggota penguat kuasa yang tidak jujur dan bersedia menjadi `hamba' serta `balaci' kepada mana-mana sindiket dengan habuan kecil atau besar harus dihapuskan sama sekali daripada mana-mana juga agensi.

Tindakan mereka adalah pengkhianat­an kepada negara apatah lagi jika mereka ini diberi tanggungjawab dan amanah untuk menjaga sempadan negara. Mereka bersedia menjual maruah dan amanah semata-mata mahu hidup senang dengan menjamah wang haram.

Mereka berbangga kerana mampu menyuapkan anak isteri dengan hasil yang haram. Bagi mereka apa yang akan berlaku kepada masyarakat dan negara itu soal kedua, apa yang penting menjadikan kuasa dan kedudukan untuk meraih kekayaan, biarpun maruah menjadi gadaian.

Begitulah juga apabila kita dihidangkan dengan kes-kes penyeludupan, ia bukan kerana tiada peruntukan undang-undang yang tegas tetapi undang-undang itu hanya menjadi alat kepada segelintir anggota agensi penguat kuasa untuk 'menggadaikannya' kepada sindiket.

Pengkhianatan seumpama ini tidak dibiarkan dan seharusnya tiada kompromi terhadap anggota penguat kuasa seumpama itu. Golongan ini perlu diburu sehingga ke lubang cacing serta disumbatkan ke dalam penjara.

Tiada mengapa negara akan menghadapi kekurangan anggota penguat kuasa apabila operasi pembersihan dilakukan, ia bukanlah masalah, pengganti mereka boleh dicari, tetapi apa yang lebih penting kita tidak boleh membiarkan mana-mana agensi dijangkiti virus rasuah sehingga akhirnya akan memporak-perandakan negara.

Justeru jangan biarkan anggota agensi penguat kuasa yang mengamalkan rasuah terus menjalankan kegiatan haram mereka.

Tidak kira sama ada mereka bertugas di sempadan atau pusat peranginan, di kampung atau pulau, di laut atau di darat, anggota agensi penguat kuasa berjiwa peng­khianat tersebut perlu dihapuskan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.