saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 18/10/2014

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

PENCAPAIAN Malaysia meraih satu daripada kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menjadi bukti nyata mengenai dasar luar kita yang diterima baik oleh masyarakat antarabangsa.

Sokongan 97.4 peratus daripada negara-negara anggota PBB (187 daripada 192 negara) cukup jelas bahawa dasar luar negara kita berprinsip dan tidak berat sebelah termasuklah ketika memainkan peranan di negara-negara bergolak, di bawah panji-panji PBB. Dalam setiap tugasan di bawah na­ungan badan dunia itu, Malaysia dapat memainkan peranan dengan berkesan. Pendirian Malaysia dalam isu-isu antarabangsa adalah konsisten, yang jelas menampakkan keyakinan dan ketegasan kita. Sebagai contoh, lihat sahaja pendirian kita terhadap rejim Israel yang sekian lama menindas Pa­lestin.

Selain menjadi perantara dalam menyelesaikan sesuatu konflik serantau seperti di selatan Thailand dan selatan Filipina, Malaysia juga berada pada landasan yang betul apabila mengutara dan mempromosikan Pergerakan Ke­sederhanaan Global yang pada pandangan kita untuk memupuk keharmonian dan kedamaian sejagat.

Awang yakin semua sumbangan dan khidmat Malaysia itu diadun sehingga mewujudkan keyakinan di kalangan negara-negara anggota PBB untuk memilih Malaysia menduduki kerusi tidak tetap itu untuk kali keempat, selepas kali pertama pada tahun 1965, kedua 1989-90 dan ketiga bagi penggal 1999-2000.

Tinggal lagi, tanggungjawab Malaysia dalam Majlis Keselamatan itu adalah besar memandangkan semakin banyak isu sejagat yang perlu diperhalusi. Namun, Awang yakin Malaysia dapat memainkan peranan terbaik di platform antarabangsa itu.

AWANG - Tahniah!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.