saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 18/10/2014

Khemah digoncang lembaga

Azrin

SEJAK berkecimpung dalam aktiviti mendaki kira-kira 25 tahun lalu, Azrin Abdul Karim (gambar), 40, sudah menakluk hampir 50 gunung di dalam dan luar negara.

Menurut Azrin, keintimannya dengan hutan membuatkan ‘mereka’ jarang berpisah. Jika ada kelapangan beliau akan meredah hutan walaupun bersendirian.

Pengamal pusat rawatan Islam dan tradisional di Kuala Lumpur itu berkata, sepanjang meneroka hutan beliau pernah beberapa kali berdepan dengan kejadian misteri dan menakutkan.

Salah satu daripadanya adalah kejadian di puncak Gunung Liang Timur yang terletak dalam perjalanan ke Gunung Tumang Batak di Tanjung Malim, Perak.

Dalam kejadian pada 2011 itu, Azrin mendaki bersendirian apabila rakannya membatalkan niat untuk turut serta pada saat-saat akhir.

"Oleh kerana rancangan mendaki Tumang Batak sudah beberapa kali tertangguh, saya nekad untuk teruskan pendakian seorang diri pada hari itu.

"Untuk ke Tumang Batak, kita mesti panjat Liang Timur dulu. Ketinggian kedua-dua gunung ini lebih kurang 2,000 meter," katanya.

Menurut Azrin, laluan ke puncak Liang Timur yang sudah lama tidak dimasuki pendaki memaksa beliau meredah dan menebas semak yang tebal.

Alah bisa, tegal biasa. Kebiasaan meredah hutan seorang diri membuatkan beliau tidak janggal.

Tambah beliau, rasa bimbang cuma datang apabila terbayang wajah harimau kumbang kerana kawasan itu adalah habitatnya.

Selepas lebih lima jam meredah hutan yang pernah menjadi lokasi persembunyian komunis itu, Azrin tiba pada ketinggian 1,933 meter yang merupakan puncak gunung Liang Timur.

Puncak itu merupakan lokasi persinggahan pertama sebelum beliau meneruskan pendakian ke Tumang Batak keesokan harinya.

Sebelum malam, beliau sempat membersihkan kawasan di tapak perkhemahannya yang dipenuhi sampah dan cebisan kain berwarna kuning.

"Kawasan itu dipenuhi dengan kain-kain kuning bertulisan Siam.

"Saya syak, itu semua adalah sisa daripada aktiviti pemujaan," katanya.

Azrin berkata, selepas membersihkan kawasan itu, beliau kembali kepada kerja-kerja rutin seperti mendirikan khemah dan memasak.

Diselubungi kabus, senja di puncak gunung itu dirasakan agak seram berbanding pengalaman di gunung-gunung yang pernah didakinya.

Tidak lama selepas itu, katanya, kesunyian dikejutkan dengan bunyi yang tidak menyenangkan.

Selepas mengamati bunyi yang datang kira-kira 50 meter dari khemahnya, beliau yakin bunyi itu adalah suara perempuan menangis.

"Tangisan mendayu-dayu itu saya dengar beberapa minit sebelum saya cabar ‘dia’ supaya datang lebih dekat.

"Sejurus selepas itu suara tersebut lenyap. Sebenarnya saya terlepas cakap, sebab memang dah tak tahu nak cakap apa," katanya.

Sebaik sahaja bunyi tangisan itu reda, suasana malam diganti semula dengan bunyian unggas dan cengkerik. Ketika itu, Azrin ‘berjuang’ untuk melelapkan matanya.

Dari dalam khemah yang disimbahi sedikit cahaya bulan, beliau yang belum terlena sekali lagi dikejutkan. Kali ini oleh bayang-bayang yang terbang berlegar di atas khemahnya.

Menurut Azrin, bayangan lembaga bersayap itu kemudian bertindak lebih ‘ganas’ dengan menggoncang khemahnya berkali-kali sebelum berjaya dihalau dengan bacaan ayat suci al-Quran.

"Rupa sebenar tak nampak. Mungkin langsuir," jelasnya.

Azrin memberitahu, selepas suasana reda, beliau keluar dari khemah untuk ‘memagar’ kawasan tersebut.

"Sepanjang 20 tahun mendaki, ada banyak perkara pelik tapi yang ini saya tak lupa.

"Biasanya bila ada kejadian seperti itu, saya akan ‘pagar’ kawasan itu supaya kejadian seperti itu tidak berulang kepada pendaki lain," katanya mengakhiri perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.