saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 18/10/2014

'Disapa' jin tanah di Kem Lolo

SELAIN Gunung Ledang di Johor, Tebu (Terengganu) dan Stong (Kelantan), Gunung Nuang yang terletak di Hulu Langat, Selangor juga tersenarai antara gunung yang dianggap 'keras' di negara ini.

S2 menemui Nor Fazli Abdul Aziz, 48, petugas penyelenggaraan Pejabat Hutan Selangor Tengah yang berpengalaman lebih enam tahun menjadi penunjuk arah (guide) di gunung setinggi 1,493 meter itu.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Along berkata, selain mendengar kisah-kisah yang diceritakan pendaki, beliau sendiri pernah beberapa kali mengalami pengalaman aneh di gunung berkenaan.

Antara peristiwa tidak dapat dilupakan beliau adalah gangguan 'jin tanah' yang berlaku semasa beliau dan rakannya mengiringi kumpulan pendaki dari Putrajaya kira-kira dua tahun lalu.

Beliau berkata, kejadian berlaku di Kem Lolo semasa kawannya sedang memasak air selepas mereka mendirikan khemah di kem yang terletak kira-kira enam kilometer dari kaki gunung itu.

"Mulanya saya pesan pada dia supaya tidak hidupkan api sebab waktu Maghrib. Sekadar ikut pantang larang orang tua.

"Tapi dia tak endahkan saya. Dia terus hidupkan api tidak berapa jauh dari khemah,'' katanya ketika ditemui di kaki Gunung Nuang, baru-baru ini.

Tidak lama selepas itu katanya, beliau yang sedang berehat di tepi khemah dikejutkan oleh kemunculan rakannya dengan muka pucat penuh ketakutan.

"Saya bertanya apa yang berlaku. Dia tidak menjawab sebaliknya, dia tanya kalau saya nampak benda yang dia nampak.

"Dia tidak bercakap banyak malam itu. Saya syak ada benda 'mengacau' di bawah pokok buluh tempat dia memasak ,'' katanya.

Menurut apa yang diceritakan pada keesokan harinya, Along yakin kawannya itu diganggu oleh jin tanah yang pernah beberapa kali mengacau pendaki di situ.

Beliau berkata, gangguan yang dialami rakannya itu bermula dengan tiupan angin kuat yang muncul secara tiba-tiba sebelum melihat kepulan asap keluar berhampiran pokok buluh di situ.

Tambahnya, daripada kepulan asap biasa, ia kemudian bertukar bentuk menjadi seakan-akan badan manusia dengan sepasang kaki yang besar dan mula melangkah ke arah kawannya.

Dalam kejadian berasingan, Along pernah terserempak dengan seorang perempuan berambut panjang bertenggek di atas tunggul dalam perjalanan turun dari puncak gunung itu.

Kisah terbaharu katanya, seorang pendaki tiba di kaki gunung itu dalam keadaan termengah-mengah selepas berlari sejauh lebih tiga kilometer sambil mendukung anaknya.

Menurut apa yang diceritakan kepada beliau, lelaki dalam lingkungan usia 40 tahun itu berlari turun selepas anaknya melihat ramai orang berada di salah satu tempat rehat, sedangkan dia tidak melihat sesiapa di kawasan itu.

"Si anak bertanya kepada ayahnya kenapa ada ramai orang memandang ke arah mereka di hutan berkenaan. Dan ada yang melambai dari tepi denai.

"Takut dengan pertanyaan itu, dia terus dukung anaknya dan berlari hingga sampai ke kaki gunung,'' katanya.

Bahkan menurut Along, ada pendaki yang 'bersumpah' tidak mahu menjejakkan kaki ke gunung itu semula selepas diganggu suluhan cahaya terang dari langit pada waktu malam.

Katanya, kejadian yang diceritakan oleh sekumpulan pendaki tegar itu berlaku lewat tengah malam ketika mereka sedang tidur.

"Mereka kata macam cerita UFO. Tapak perkhemahan tiba-tiba jadi terang kerana disuluh dari langit.

"Pada masa yang sama juga, semua lampu di dalam khemah perlahan-lahan malap dan terus padam.

"Tidak ada seorang pun daripada mereka yang berani menjenguk ke luar khemah untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.