saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 18/10/2014

Kamera rakam perbuatan keji jururawat lelaki

IBU bapa Julie Henson tidak menyangka tindakan mereka memasang kamera di bilik anak perempuan mereka yang menerima rawatan di sebuah pusat kesihatan mendedahkan perbuatan keji seorang jururawat lelaki yang melakukan perbuatan keji terhadap anak mereka. - Mailonline

Perbuatan keji seorang jururawat lelaki di Colorado yang melakukan serangan seksual terhadap seorang pesakit wanita yang mengalami kecederaan otak terdedah selepas perbuatannya dirakam melalui rakaman kamera video yang dipasang di bilik pesakit tersebut.

Kesalahan itu akhirnya mengheret Paul Bugarcic,34, ke mahkamah dan dihukum penjara 15 tahun.

Dia yang merupakan penolong jururawat bertauliah dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah menculik dan melakukan serangan seksual terhadap Julie Henson di pusat kesihatan di kawasan Denver.

Henson yang merupakan pesakit di Pusat Penjagaan Kesihatan Cherry Hills di Englewood, Colorado menderita penyakit tersebut sejak 2011 yang menyebabkannya tidak boleh berjalan dan bercakap.

Keluarga Henson menyatakan mereka hanya menyedari tentang perbuatan Bugarcic selepas mereka menyaksikan video daripada kamera kecil yang dipasang di dalam bilik anak perempuan mereka itu.

Kamera itu dipasang oleh keluarga Henson pada tahun lalu kerana berharap dapat merakam visual kemajuan pemulihan Henson.

Namun apa yang mengejutkan, beberapa jam rakaman video dari 2 hingga 7 Januari lalu menunjukkan pembantu jururawat terbabit didapati melakukan serangan seksual terhadap anak perempuan mereka.

"Dia tidak boleh melawan balik, malah dia tidak boleh bercakap pun," kata bapa Henson kepada CBS Denver.

"Dan jika kami tidak memasang kamera tersebut, dia (Bugarcic) akan terus melakukannya," kata beliau.

Yang memburukkan lagi keadaan ialah keluarga tersebut mengenali dan mempercayai Bugarcic.

Ibu Henson, Debbie berkata, dia tidak mempercayai apa yang dilihat ketika menonton video tersebut.

"Saya menyaksikan video itu dan berkata 'tidak'," katanya.

Henson mengalami sakit di bahagian kepala pada 2011 selepas seorang rakan sekerjanya menarik kerusinya menyebabkannya terjatuh dan kepala terhantuk.

Menurut Debbie, anaknya itu kemudian menjalani pembedahan dan selepas itu, otaknya membengkak.

Doktor yang melakukan pembedahan terhadapnya menyatakan "hanya terdapat satu daripada sejuta peluang pembedahan itu tidak akan berjaya" dan itulah yang terjadi, menyebabkan Henson mengalami kecederaan otak yang teruk.

Selain tidak boleh berjalan dan bercakap, The Denver Channel melaporkan bahawa menurut Pejabat Peguam Daerah, wanita itu tidak boleh berkomunikasi selain daripada menunjukkan isyarat 'bagus' atau 'aman'.

Walau bagaimanapun dia menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan dan atas alasan itu, mereka memasang video kamera tersebut.

Pihak polis kemudian melakukan siasatan dan menangkap Bugarcic. Selain daripada hukuman penjara 15 tahun, lelaki terbabit juga akan diletakkan dalam pengawasan selaku pesalah seks selama lima tahun.

Keluarga Henson kini menggesa sesiapa yang mempunyai ahli keluarga di pusat-pusat penjagaan supaya menyedari bahawa mereka mempunyai hak untuk melakukan pengawasan terhadap ahli keluarga mereka.

Debbie berkata, perbuatan Bugarcic itu menyebabkan pemulihan semula anaknya memakan masa setahun lagi.

"Kami cuma berharap satu hari nanti, dia akan pulih seperti sedia kala," kata bapa Henson.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.