saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 28/04/2012

Derby Manchester tentu juara EPL

SETELAH sekian lama menunggu, pertembungan derby Manchester antara The Sky Blues dan The Red Devils pada Selasa ini, (3 pagi waktu Malaysia) bakal memberikan jawapan terhadap persoalan siapakah yang berhak dinobat sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Keghairahan terhadap pertemuan kedua-dua pasukan Manchester ini mungkin tidak berlaku jika Manchester United dapat memungut tiga mata penuh ketika bertemu Everton minggu lalu, tetapi tragedi 10 minit terakhir perlawanan memaksa United memandang serius kunjungan mereka ke Stadium Etihad.

Kemenangan besar 6-1 yang dicatat di Old Trafford pada 23 Oktober lalu mungkin sukar diulangi lagi oleh skuad bimbingan Roberto Mancini, tetapi melihatkan betapa hebatnya gandinganSergio Aguero dan Carlos Tevez memacu serangan City, tidak mustahil United boleh dijinakkan sekali lagi.

Kehadiran lewat Tevez mungkin boleh memberi kesan kepada peluang City dalam usaha meraih kejuaraan pertama EPL sejak 1968, apabila mula mempamerkan bisa dan keserasian bersama Aguero, rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Argentina.

Aguero telah menghasilkan lima gol dalam tiga aksi terakhir, satu amaran yang tidak boleh dipandang sepi oleh pertahanan United yang mempamerkan aksi longlai melepaskan empat jaringan kepada Everton.

Walaupun, nada Mancini sebelum ini bagaikan sengaja merendah diri dengan mengatakan peluang kejuaraan hampir pasti menjadi milik United sambil berpendapat perlawanan antara kedua-dua pasukan akan dimenangi anak-anak buah Ferguson, ia sebenarnya tidak lebih sebagai pelancaran perang psikologi supaya kem United berasa terlalu yakin.

Memang tidak dinafikan daripada segala pengalaman, United memang mempunyai kelebihan namun momentum prestasi terkini, City dilihat lebih menyerlah.

Kemungkinan besar tiada sebarang rombakan serius dalam kesebelasan utama yang akan dilakukan oleh Mancini dengan dijangka lebih cenderung menggunakan formasi menyerang sambil mengharap kepada kelincahan David Silva dan Samir Nasri menggempur kubu United.

Dengan ratusan juta dikeluarkan pemilik, Sheikh Mansour bagi membina sebuah pasukan yang digeruni, perlawanan ini mungkin menjadi penentu masa depan Mancini di City.

Jika gagal mengatasi United, bermakna Sky Blues bakal menamatkan musim ini tanpa sebarang trofi biarpun sebelum ini pemilik Abu Dhabi itu dilaporkan berpuas hati dengan prestasi semasa warga Itali tersebut.

Berada di peringkat sebegini bukan satu yang asing buat Ferguson kerana dia tahu apa formula terbaik bagi mengatasi tekanan dan bijak menggunakan taktikal yang betul di masa yang tepat.

Dijangka menggugurkan Rafael di posisi bek kanan selepas banyak melakukan kesilapan pada pertemuan dengan Everton, sukar untuk diramalkan apakah formasi yang digunakan Ferguson.

Ada kemungkinan dia memilih taktikal bertahan dengan meletakkan seorang sahaja penyerang di hadapan supaya dapat meraih keputusan seri yang dilihat cukup memadai buat United ketika hanya dua perlawanan berbaki selepas ini.

Bagaimanapun, Ferguson boleh mengejutkan lawannya dengan menggunakan formasi 4-3-3 kerana mempunyai ramai pilihan pemain setelah tidak diganggu lagi masalah kecederaan yang serius dan boleh membawa masuk Danny Welbeck dan Javier Hernandez untuk membantu Rooney.

Persoalannya, apakah pengurus berusia 70 tahun itu sudah memperoleh formula untuk memperbaiki kerapuhan pertahanan bagi berdepan barisan serangan City yang setakat ini muncul sebagai pasukan paling banyak menjaringkan gol iaitu 87 jaringan.

Ferdinand dan Evans ada kalanya mampu beraksi cemerlang tetapi tidak begitu konsisten dan mudah memberikan ruang kepada lawan mendapatkan jaringan. Namun, sejauh mana pula Ferguson berani mengambil risiko membawa masuk dua pemain muda, Phil Jones dan Chris Smalling.

Menamatkan musim ini tanpa sebarang trofi utama pasti sesuatu yang janggal buat United dan kejuaraan EPL bagaikan satu perkara yang wajib buat peminat-peminat United selain mahu menjarakkan rekod kejuaraan daripada Liverpool dengan mencipta kejuaraan kali ke-20.

Jika City memenangi perlawanan ini, penulis berani meramalkan kejuaraan hampir pasti menjadi milik mereka, tetapi seandainya United mampu menyekat impian City, trofi EPL bakal kekal sekali lagi di Old Trafford buat kali kedua berturut-turut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.