saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 06/05/2012

Artis 'dibuli' wartawan

SAM meraikan kemenangan berganda apabila turut mendapat tajaan minuman daripada pihak F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., yang diwakili Muhammad Fauzi Ahmad (lima dari kanan).

WARTAWAN membuli artis memang jarang berlaku tetapi situasi itu tidak mustahil terjadi jika dua entiti itu bertembung di padang bola. Tetapi perlawanan bola sepak persahabatan antara Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dengan Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC) di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor 26 April lalu menyaksikan wartawan garang 'membelasah' golongan artis.

Kemenangan berpihak kepada wartawan menerusi keputusan pertandingan 8-0, sudah mengganggu gugat air muka pasukan MASC yang mempunyai ribuan peminat tersendiri. Bagaimanapun, kekalahan tersebut sedikit pun tidak menggetarkan pasukan MASC dan perkara tersebut disahkan sendiri oleh Presidennya, Syed Aiman.

"Saya tidak menganggap kekalahan dalam pertandingan bola sepak dengan SAM sebagai satu perkara yang memalukan. Kalah menang adalah adat dalam perlawanan.

"Saya tak rasa kalah dengan SAM mencerminkan seolah-olah MASC itu lemah. Perlu diingat ini semua adalah peringkat permulaan. Kita kutip semua pengalaman sebagai benteng untuk perlawanan akan datang.

"Saya nampak kerja keras setiap pemain untuk menang dalam perlawanan persahabatan ini. Tak apalah, tak ada rezeki hari ini. Apa pun, mereka dah tunjukkan permainan yang bagus biarpun sibuk dengan komitmen," katanya ditemui selepas perlawanan berkenaan.

Antara artis yang terlibat dalam perlawanan persahabatan MASC-SAM ialah Danny, Yantzen, Adlin Aman Ramli, Fiq Mentor, Man Balero, Jepp Sepah, Riduan Hashim, Sabhi Saddi, Lan Zailan, Eone Mentor, Farid Wari dan Zuan.

Sementara pemain SAM terdiri daripada Hafizal Hamad, Ismadi Abdul Manap, Abu Bakar Atan, Izahar Atan, Wan Fakhrul Wan Bakar, Tabah Syazwan, Izwan Mohd. Nor, Sarifullah Rafie, Badlishah Md. Ali dan Zulhilmi Zainal Azam.

Dalam perkembangan berkaitan, ditanya adakah Syed Aiman berpuas hati dengan tahap stamina para pemainnya, suami kepada Linda Rafar ini berkata;

"Saya faham dengan rutin harian artis. Tak apalah, sekarang ini kita sedang dalam proses mengenal pasti kebolehan dan posisi pemain. Selama ini kita bergantung pada bakat Fizo Omar dan Kamal Adli yang punya ketangkasan tersendiri.

"Jadi bila orang-orang kuat kita ada shooting, team MASC terus lumpuh. Sebab itu, kita tak mahu kejadian itu berulang dan sekarang masa paling sesuai untuk memperkukuhkan pasukan untuk perlawanan masa depan," sambungnya lagi.

Mengenai tujuan dia menubuhkan pasukan bola sepak. Katanya, misi utama MASC menumpukan amalan gaya hidup sihat, bersukan sambil berhibur.

"Saya mahu ajak semua artis mengamalkan cara hidup sihat. Di samping mengeratkan silaturahim, ia dapat membuat kebajikan menerusi perlawanan amal untuk mengutip dana andai ada artis ditimpa masalah.

"Saya berbesar hati mengajak artis menyertai MASC. Banyak faedahnya dan kita sentiasa manfaatkan setiap aktiviti yang ada," jelasnya di hujung perbualan.

MASC ditubuhkan pada Februari lalu dan keahliannya kini mencecah 100 orang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak. Selain bola sepak, MASC kini sedang giat menubuhkan kumpulan boling, bola jaring dan futsal.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.