saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 21/12/2013

SKN 2013 melabuhkan tirai

SIRKIT Kembara Negara bagi tahun ini melabuhkan tirai di Gunung Bujang Melaka, Kampar, Perak, baru-baru ini.

Dalam penganjuran tersebut, sebanyak 596 peserta tempatan dan luar negara beradu tenaga bagi merebut hadiah utama dan hadiah iringan yang ditawarkan kepada mereka.

Dinamakan Grand Final Sirkit Cabaran Gunung Negara 2013 - Perak International Mount Bujang Melaka Challenge (PIMBC’13), acara tersebut menerima sambutan hebat daripada para peserta.

Anjuran bersama Kerajaan Negeri Perak dan Persatuan Kembara Negara (PKN) dengan sokongan Perak Tourism serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Tourism Malaysia Perak, PIMBC’13 itu merupakan sirkit terakhir bagi Sirkit Cabaran Gunung Negara 2013 yang meliputi empat sirkit keseluruhannya.

Menurut kenyataan PKN, sirkit pertama telah berlangsung di Gunung Datuk, Negeri Sembilan pada 27 Januari 2013 dengan mencatat penyertaan seramai 611 peserta.

Sirkit kedua pula diadakan di Gunung Berembun, Terengganu pada 16 Mac 2013. Sebanyak 681 peserta menyertainya, manakala sirkit ketiga di Gunung Jerai pada 15 Jun 2013 dan disertai 530 peserta.

“Daripada jumlah keseluruhan penyertaan di Gunung Bujang Melaka, seramai 32 peserta adalah dari luar negara, antaranya dari Singapura, Thailand, Kenya, Nigeria dan Jerman," kata kenyataan itu kepada .com.

Antara lain objektif acara tersebut adalah untuk menjadikan cabaran perlumbaan mendaki gunung sebagai salah satu acara yang dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan di Malaysia.

Ia diharap dapat mempromosikan dan menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berekreasi dan menghayati keindahan alam semula jadi di persekitaran gunung-ganang dan hutan hujan tropika di negara kita.

Di samping itu, ia juga diharap dapat merancakkan lagi industri pelancongan setempat secara maksimum dalam aspek promosi dan kehadiran pelancong yang menjejakkan kaki ke Malaysia untuk mendaki gunung.

“Melalui acara ini juga, kita berharap agar agensi-agensi pelancongan, hotel dan resort dapat menawarkan aktiviti mendaki gunung sebagai salah satu pakej sukan pelancongan yang berteraskan produk alam semula jadi di Malaysia terutamanya sempena menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014," tambah kenyataan tersebut.

PIMBC’13 yang diadakan ini menawarkan hadiah wang tunai, hadiah iringan dan hadiah cabutan nombor bertuah yang keseluruhannya berjumlah RM50,000 kepada peserta, sama seperti sirkit-sirkit yang lain.

Perlumbaan tersebut dibahagikan kepada sembilan kategori iaitu Terbuka Antarabangsa Lelaki dan Wanita, Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita (berumur 19 tahun ke atas), Terbuka Veteran Lelaki (40 tahun ke atas), Terbuka Remaja Lelaki dan Wanita (15 - 18 tahun) dan Tertutup Tempatan Lelaki dan Wanita (19 tahun ke atas).

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kampar, Datuk Ismail Hassan, manakala majlis perasmian penutup dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Presiden Persatuan Kembara Negara, Datuk Khalid Yunus.

Dalam pada itu, Nolee Ashilin berkata, Kerajaan Negeri Perak amat berbesar hati dan berbangga dipilih sebagai lokasi acara kemuncak sirkit ini.

“Kami merasakan kehadiran para peminat cabaran mendaki gunung yang berkampung di daerah Kampar ini sangat mengujakan.

“Malah kedatangan mereka telah memeriahkan lagi acara ini. Melalui Perak Tourism, kerajaan negeri sentiasa memfokuskan produk sukan pelancongan dan alam semula jadi yang merupakan salah satu produk utama pelancongan di negeri Perak," katanya pada majlis penutup acara tersebut.

Beliau menambah: “Kami berharap agar acara ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih ramai peminat sukan mendaki gunung hadir ke daerah Kampar dan memilih Gunung Bujang Melaka sebagai gunung untuk didaki di Semenanjung Malaysia.

“Dengan itu, kita pasti ia dapat memberi impak positif kepada industri pelancongan setempat selepas ini."

Sementara itu, Khalid berkata, pihaknya akan menambahbaik penganjuran Sirkit Cabaran Gunung Negara 2014 pada tahun hadapan bagi menarik minat lebih ramai orang bergiat aktif dalam sukan pendakian ini.

PIMBC’13 mendapat tajaan daripada 100 PLUS, Milo, Nestle Cereal Fitness, HiTech, Corezone, Universal Fitness & Leisure dan Ideal Polarize Sunglasses. - ROHANA MAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.