saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 07/05/2014

Ronaldo belum rasa lega

Pemain tulang belakang Portugal, Cristiano Ronaldo mengakui berasa lega apabila negaranya tidak dianggap sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia di Brazil tahun ini.

Pasukan bimbingan Paulo Bento itu diundi dalam Kumpulan G bersama Amerika Syarikat, Ghana dan Jerman yang mana perlawanan pertamanya akan menentang Jerman di Salvador pada 17 Jun ini.

Bercakap dalam satu majlis berkaitan Piala Dunia, baru-baru ini, bintang Real Madrid itu memberitahu: “Situasi itu melegakan kami, Namun, saya mengakui kumpulan ini pastinya bersaing sengit tetapi kita akan melangkah sedikit demi sedikit dalam setiap perlawanan. Ujian paling sukar ialah menentang Jerman dan hanya selepas itu barulah kita tengok nasib Portugal."

Pemenang Anugerah Ballon d"Or itu juga akan memberi perhatian kepada perlawanan yang melibatkan pasukan Sepanyol dan Brazil kerana mempunyai ramai rakan dalam kedua-dua pasukan tersebut.

Bekas pemain Manchester United itu juga memberitahu, dia merupakan peminat setia bekas pemain kebangsaan Portugal, Luis Figo semasa zaman kanak-kanak.

“Semasa kecil saya selalu mengambil kisah terhadap pemain pasukan kebangsaan (Portugal). Saya mahu menjadi seperti mereka. Saya gemar menonton aksi pemain seperti Figo. Saya mula bermain dengan pasukan kebangsaan Portugal semasa berusia 18 tahun. Kita sepatutnya bersemangat mengejar impian. Inilah yang saya beritahu kepada kanak-kanak yang menanam cita-cita untuk menjadi pemain bola sepak.

“Ia nampak mudah tetapi sukar sebenarnya. Anda sentiasa berada dalam tekanan. Setiap individu pemain mesti percaya pada diri sendiri dan bekerja keras," ujar Ronaldo. - Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.