saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 07/05/2014

Brazil, Sepanyol, Jerman jadi pilihan

Nazmi Faiz Mansor (kanan) pada sesi latihan di Wisma FAM bagi persediaan menentang Yemen dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2015.

PENGADIL perlawanan, Sandor Puhl dari Hungary meniup wisel penamat masa tambahan menandakan juara Piala Dunia 1994 perlu ditentukan menerusi sepakan

penalti selepas kedua-dua pasukan, Brazil dan Itali terikat tanpa jaringan.

Seluruh dunia tertumpu kepada penyerang Itali yang mengenakan gaya rambut bertocang, iaitu Roberto Baggio kerana jika dia gagal bermakna Brazil akan muncul juara buat kali keempat.

Baggio gagal menyempurnakan sepakan tersebut sekali gus Brazil muncul juara di kejohanan yang berlangsung buat kali pertama Amerika Syarikat, satu lagi sejarah tercipta buat negara yang terkenal dengan kegilaan sukan bola sepak itu dan sebulan selepas itu lahirlah permata bola sepak negara, Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang satu ketika pernah beraksi di Portugal sebagai pemain profesional.

Nazmi memang tidak menyaksikan atau kurang mengenali pemain-pemain seperti Rai, Branco, Bebeto, Aldair, Mazinho (Brazil), Franco Baresi, Roberto Donadoni dan Giuseppe Signori (Itali) yang berada dalam skuad perlawanan akhir tersebut, namun dia mempunyai impian untuk mengikut jejak langkah bintang-bintang ternama itu.

"Semua orang terutama pemain bola sepak profesional hendak beraksi di Piala Dunia, cakap memang senang tetapi semuanya perlu dimulakan dengan usaha keras," kata anak jati Lembah Keramat itu yang menghiasi dada-dada akhbar utama Malaysia pada Mei 2012.

Tarikh 21 Mei 2012 pasti akan diingati selamalamanya buat bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu, apabila mencipta sejarah menyertai kelab Liga Divisyen Satu Portugal, S.C Beira-Mar.

Memang jodohnya bersama kelab tersebut tidak panjang tetapi setidak-tidaknya dia merasai beraksi di negara yang akan menyertai Piala Dunia 2014 di Brazil Jun ini iaitu Portugal."Bagi saya tidak mustahil untuk Malaysia melayakkan diri ke Piala Dunia satu hari nanti, namun semuanya perlu bermula dari pembangunan akar umbi, iaitu dari peringkat kanak-kanak lagi. Mereka (pemain

kanak-kanak) perlu diajar bermain bola sepak dengan betul, lihat bagaimana Jepun menerapkan kepentingan akar umbi ini sehingga mereka mampu melayakkan diri ke Piala Dunia," katanya yang sekarang ini bersama pasukan Selangor.

Bekas pemain Harimau Muda B dan A itu mengakui semua pihak perlu sama-sama memainkan peranan. "Bukan pemain sahaja yang perlu tahu kelemahan kita sehingga tidak mampu ke Piala Dunia, tetapi semuanya perlu bekerjasama bermula dari bawah sehinggalah ke peringkat tertinggi," katanya yang membantu

Harimau Muda meraih pingat emas sukan SEA 2011 Indonesia. Ditanya pasukan manakah menjadi pilihan menjuarai Piala Dunia 2014 yang akan bermula 12 Jun hingga 13 Julai ini, figura bertubuh kecil itu yang memiliki ketinggian 1.69 meter lantas menjawab Brazil, penyandang juara, Sepanyol dan Jerman mampu menjulang trofi keramat itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.