saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 07/05/2014

Evolusi sepakan percuma Beckham

BENGKOK macam Beckham? Pemain Southampton, James Ward-Prowse tidak jemu-jemu menonton aksi bekas kapten pasukan England, David Beckham mengambil sepakan percuma yang akhirnya semuanya berbaloi buat Ward-Prowse.

Pemain berusia 19 tahun itu telah melakukan perbandingan tentang gaya sepakan percuma Beckham yang dianggap memiliki teknik yang paling cantik.

Jaringan gol pertamanya bersama skuad Bawah 21 England menerusi sepakan percuma bola mati gaya Beckham membuah hasil dan kemudian dia mengulanginya sekali lagi ketika menentang San Marino.

"Saya mempelajari teknik sepakan Beckham dan saya menonton kesemua rakaman video sepakan percuma Beckham. Dia antara pemain saya sering bandingkan dengan saya dalam soal mencipta sepakan bola

mati. Dia menjadi contoh bukan sahaja di atas padang tetapi juga di

luar," katanya.

Menurut Ward-Prowse, cara Beckham mengambil sepakan percuma berbeza dengan yang lain kerana dia membengkokkan sedikit badannya ke belakang dan pada masa yang sama memastikan kakinya rapat ke rumput. "Saya dapati teknik skip dan melompat semasa menyepak bola membantu saya mendapatkan gaya sepakan yang betul. Jika anda lihat, pemain-pemain mempamerkan permainan yang berbeza. Seperti Steven Gerrard dengan gaya memasak kakinya ke tanah semasa mengambil

sepakan.

"Jika anda boleh melompat ketika mengambil sepakan, ia akan membantu bola melepasi halangan benteng pertahanan, sekali gus mengaburi penjaga gol lawan,'' ujarnya. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.