saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 17/05/2014

Hoki ais di negara Khatulistiwa

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa tanpa dihujani salji, keadaan itu tidak membantutkan hasrat Aiman Thaqib Mohd Fadzul (gambar), 24, untuk meneruskan minatnya dalam sukan lasak dan ekstrem iaitu hoki ais.

Di Malaysia, sukan hoki padang lebih menyerlah berbanding hoki ais disebabkan faktor cuaca negara yang tidak dihujani salji. Selain daripada kemudahan yang terhad, sukan ini juga merupakan sebuah sukan yang memerlukan perbelanjaan tinggi.

Disebabkan cinta yang mendalam terhadap sukan ini, kesemua itu bukan halangan bagi pelajar jurusan Kejuruteraan Avionik di UniKL MIAT Sepang ini untuk meneruskan minatnya dalam sukan lasak hoki ais.

Menurut Aiman yang juga jurulatih hoki ais, sukan ini merupakan sebuah sukan yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ia melibatkan banyak pergerakan fizikal yang memerlukan seseorang itu bergerak pantas dan agresif.

Katanya, sukan itu juga dikategorikan sebagai sukan lasak kerana membabitkan pergerakan keseluruhan anggota badan termasuk otak. Ia sesuai untuk golongan muda kerana memerlukan teknik yang betul serta ketangkasan pergerakan bagi menguasai sesuatu perlawanan.

“Saya mula melibatkan diri dalam sukan ini pada tahun 2010 apabila ditawarkan mewakili salah sebuah kelab sukan hoki ais tempatan. Peluang yang diterima ini saya gunakan sepenuhnya untuk merealisasikan impian, di samping memberi sumbangan kepada negara.

“Walaupun sukan ini boleh dikatakan sebuah sukan yang mahal, namun ia berbaloi kerana dapat memenuhi kepuasan saya.

“Tambah lagi, jarang ada orang mendapat peluang untuk bermain hoki ais. Satu-satunya tempat yang menyediakan kemudahan dan gelanggang hoki ais adalah di Sunway Pyramid. Oleh kerana lokasinya yang terhad, kebanyakan mereka yang tinggal berjauhan tidak berpeluang untuk merasai permainan ini," katanya.

Meskipun sukan ini tidak sepopular bola sepak, badminton atau sukan yang lain, namun ia adalah sebuah sukan yang telah lama dimainkan, lebih-lebih lagi di negara-negara yang beriklim sejuk. Bahkan hoki ais juga merupakan salah satu sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik.

Sukan yang memerlukan disiplin tinggi dan melibatkan kerjasama pasukan ini semakin berkembang di negara ini. Oleh kerana itu, menjelang tahun hadapan, Malaysia akan mempunyai gelanggang ais baharu yang bakal dibuka di IOI Puchong dan Empire Damansara.

Disebabkan sambutan daripada golongan remaja yang semakin menggalakkan, Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) telah mewujudkan akademi sendiri yang bermula daripada pembelajaran asas meluncur sehingga ke peringkat pendidikan untuk jurulatih.

Apa yang membanggakan, pasukan hoki ais Malaysia berada dalam kedudukan lima teratas dalam liga negara tidak bersalji untuk acara sukan ini.- FATIEHAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.