saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 07/06/2014

Drag motosikal untuk si hati kering

PENGANJURAN sukan permotoran Drag mampu membanteras gejala tidak sihat seperti lumba haram.

Sukan drag biasanya dikaitkan dengan kereta, namun dalam kalangan peminat sukan permotoran, ramai yang tidak tahu bahawa motosikal juga dijadikan kenderaan untuk memasuki acara drag ini.

Drag motosikal adalah sejenis sukan permotoran mengikut kategori yang ditetapkan bagi mendapatkan masa paling pantas untuk menghabiskan satu jarak perlumbaan yang biasanya dalam 200 meter.

Motosikal jenis ini akan dimodifikasi mengikut kategori yang dipilih sama ada kategori terbuka (open) atau atas jalan yang biasanya digunakan untuk kegunaan harian dengan segala dokumen yang sah.

Keadaan motosikal yang dimodifikasi terutamanya bagi kategori terbuka sudah tidak memperlihatkan keadaan sebuah motosikal biasa.

Bahagian hadapan seperti pemegang tangan dan penyerap hentakan akan direndahkan bagi membolehkan motosikal itu memotong aliran angin untuk mendapat kelajuan yang tinggi.

Bahagian-bahagian motosikal yang tidak berfungsi seperti badan motosikal, lampu, cermin sisi dan sebagainya ditanggalkan bagi meringankan motosikal bagi memberi keupayaan maksimum.

Boleh dikatakan motosikal dalam kategori ini hanya tinggal bahagian yang wajib seperti enjin, pemulas minyak, tayar dan rangka sahaja.

Baru-baru ini, satu acara drag motosikal diadakan bersempena Hari Belia Putrajaya 2014 yang menghimpunkan peminat-peminat drag dari seluruh negara untuk mendapatkan tempat dalam kalangan pelumba drag terbaik.

Pelbagai jenis motosikal mengikut kategori dipertandingkan antaranya, RXZ Panther atas jalan atau terbuka, 125 atas jalan atau terbuka dan kategori skuter terbuka mahupun atas jalan.

Paling menarik perhatian adalah kategori terbuka bagi kesemua kategori yang dipertandingkan kerana rekaan motosikal ini amat menarik dengan pelbagai modifikasi bagi membolehkan motosikal itu bergerak dengan lebih pantas.

Bagi seorang penunggang motosikal drag, beberapa ciri-ciri penting perlu diambil kira bagi membolehkan seseorang itu mampu mengendalikan motosikal yang bergerak pantas ini.

Walaupun hanya jarak yang pendek iaitu kira-kira 200 hingga 300 meter, namun di sinilah keupayaan penunggang motosikal drag atau lebih dikenali sebagai dragster akan diuji.

Dragster perlu pakar dalam menukar gear dengan hanya mendengar bunyi getaran enjin kerana motosikal jenis ini sudah tidak mempunyai meter untuk melihat kelajuan putaran enjin dalam sesaat.

Bukan itu sahaja, penelitian dragster terhadap jarak litar dan penggunaan gear yang betul serta bagaimana memulakan perlumbaan dilihat antara aspek penting dalam memenangi sebarang perlumbaan drag.

Dalam pada itu, bentuk badan dragster juga memainkan peranan penting. Badan yang kecil dan kurus menjadi pilihan kerana faktor seperti berat, keluasan jisim diambil kira serta faktor lain untuk melajukan jentera motosikal ini.

Juara kategori skuter, Edy Kamal berkata, bagi mengubahsuai motosikal untuk dijadikan drag bukan satu kerja mudah kerana banyak faktor yang perlu diambil kira bagi membolehkan motosikal dapat bergerak pantas.

"Itulah sebabnya saya mengubahsuai motosikal dan saya jugalah penunggang kerana biasanya mekanik sahaja yang tahu keupayaan jentera yang dibaikpulihnya," jelasnya,

Sementara itu, Dzikri Iskandar berkata, tahun ini bukan tahun yang baik buatnya. Beliau dapat melihat peningkatan dalam penyertaan berbanding tahun-tahun lalu yang mana ada penyertaan dari utara tanah air.

"Walaupun tewas pada hari ini, ia banyak memberi kesan yang positif untuk sukan permotoran negara dan diharap pada masa akan datang, penganjuran sukan permotoran seperti ini harus ditingkatkan, bukan sahaja pada Hari Belia tetapi juga pada hari-hari lain. - AMIRUL/HAFIZ JOHARI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.