saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 21/06/2014

Asah bakat ikut cara Red Devils

DAN Barber membimbing pelatih melakukan regangan otot selepas sesi latihan tamat.

Sukan bola sepak sememangnya telah lama popular di negara kita, tetapi kebanyakan lapisan masyarakat terutamanya golongan ibu bapa masih kurang menggalakkan anak-anak mereka menceburi permainan itu sebagai satu kerjaya profesional kerana pasaran sukan tersebut yang masih belum mencapai tahap global seperti di Eropah dan Amerika Selatan.

Lambakan program pembangunan sukan termasuk program realiti televisyen yang kononnya mahu mencungkil bakat baharu bola sepak negara juga masih belum cukup membantu meyakinkan masyarakat negara ini bahawa sukan itu boleh menjamin masa depan. Tambahan pula, mutu permainan dan kemahiran yang rendah dalam kalangan pemain tempatan yang rata-ratanya akibat kurang mendapat pendedahan corak bola sepak moden sedikit sebanyak menjadi faktor penyumbang.

Bagaimanapun pada tahun lalu, Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) dengan kerjasama Mamee Double Decker Sdn. Bhd. dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menampilkan kaedah baharu dan merungkai resipi kejayaan yang dilakar oleh kelab terkemuka, Manchester United Football Club (MUFC) apabila mengadakan kejohanan Piala Mamee 1Malaysia selama lima bulan bermula November 2013 sehingga Mac 2014 untuk mencungkil bakat daripada generasi baharu.

Daripada 80 pasukan dari lima zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur, Zon Tengah dan Zon Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), hanya 17 pemain berbakat tinggi sahaja yang terpilih dari seluruh negara untuk menjalani latihan di Manchester United Soccer School (MUSS) di Britain bermula pada 5 Mei sehingga 9 Mei lalu.

Pemilihan itu dibuat oleh jurulatih tempatan yang diketuai jurulatih Akademi Bolasepak Remaja CIMB (CIMB-YFA), Rada Krishnan Nadesan berdasarkan kemahiran individu, semangat berpasukan, kekuatan mental dan fizikal, selain komitmen yang tinggi terhadap sukan bola sepak sebelum bakat mereka diasah di MUSS. Langkah itu seterusnya membuka peluang buat mereka untuk beraksi di kelab tempatan mahupun mewakili negara.

Di MUSS, ketua jurulatih, Mick Bennett, 51, dan pembantunya, Dan Barber, 23, menggilap bakat kesemua pelatih remaja terbabit dengan memberi pendedahan tentang cara permainan dan kemahiran yang digunakan oleh pemain utama MUFC meliputi lima teknik khusus bola sepak iaitu Penguasaan Satu Lawan Satu, Penguasaan Teknik Serangan, Penguasaan Teknik Pertahanan, Penguasaan Permainan Pantas dan Penguasaan Menjaringkan Gol.

Kesemua teknik latihan berkenaan mempunyai keunikan berbeza untuk meningkatkan kemahiran mengelecek, hantaran, pertahanan, jaringan, keseimbangan badan, ketepatan dan posisi selain meningkatkan kreativiti pemain semasa beraksi mengikut corak permainan bola sepak moden.

Berbeza dengan corak latihan yang dilakukan oleh kebanyakan jurulatih di Malaysia yang hanya tertumpu pada latihan fizikal dan taktikal, Bennett menampilkan resipi berlainan untuk pelatih Piala Mamee 1Malaysia apabila mereka turut menonton video bagi mempelajari gaya hidup pemain Manchester United yang mementingkan semangat berpasukan, disiplin, kekuatan mental, pemakanan dan kecerdasan otak.

Justeru, tidak hairanlah apabila kesemua pelatih diberi peluang melawat Muzium Old Trafford di stadium yang mendapat jolokan, Theatre of Dreams untuk melihat sendiri kejayaan dan sejarah yang ditempa oleh kelab gergasi yang mula dikenali sebagai Newton Heath LYR pada 1878 sebelum ditukar kepada Manchester United pada 1902.

Teruja dengan kehebatan pasukan Red Devils itu, kapten skuad Piala Mamee 1Malaysia, Alias Helmi Ibrahim, 19, mengakui sebagai peminat tegar Arsenal, dia tetap berasa kagum apabila berpeluang melihat sendiri sejarah hebat juara 20 kali Liga Perdana Inggeris tersebut.

Pemain tengah yang meminati pemain terkenal Barcelona, Andres Iniesta itu juga meluahkan rasa bersyukur kerana terpilih antara 1,440 pemain yang menyertai kejohanan Piala Mamee 1Malaysia, selain dilantik menjadi kapten pasukan pelatih untuk menyertai program ini.

"Saya mahu menjadikan pendedahan sepanjang berada di Manchester United sebagai pengalaman berguna bagi membantu cita-cita saya menjadi pemain Terengganu dan Malaysia satu hari nanti. Saya bertuah kerana mendapat sokongan ahli keluarga terutamanya ibu bapa saya," kata pemain kelahiran Terengganu itu.

Naib kapten pasukan, Kesavan A/L Loganathan, 18, berkata, dia berasa berbangga membawa nama Malaysia untuk menyertai latihan tersebut, selain berpeluang mempelajari corak latihan yang berbeza di Manchester.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur yang mengagumi pemain pertahanan negara, Aidil Zakuan itu berkata, pengalamannya menjalani latihan di MUSS menguatkan lagi semangatnya untuk memenuhi impian ke Liverpool, kelab kesayangannya sejak kecil.

"Saya mahu menjadi seperti Aidil (Zakuan) kerana peranannya sebagai pertahanan yang berkaliber, selain menjadi seorang kapten pasukan Malaysia yang hebat," kata Kesavan yang bermain posisi sama. - MOHD. HASRIQ AMIRUDDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.