saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 23/05/2012

RM60 juta bina SMK, SK baru di Petagas

Yahya Hussin (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada pegawai Jabatan Kerja Raya sewaktu melawat tapak SMK dan SK Petagas di Petagas, Sabah, kelmarin.

PUTATAN 22 Mei - Dalam usaha menyediakan pendidikan yang lebih sempurna, sebuah sekolah menengah dan sekolah rendah baru bernilai RM60 juta akan dibina di daerah ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, pihaknya telah mengenal pasti tapak seluas enam hektar di sini bagi melaksanakan projek berkenaan.

Katanya, pembinaan sekolah itu amat perlu kerana penduduk semakin bertambah ekoran pembangunan pesat daerah ini.

“Jadi kita juga akan memohon pembinaan beberapa sekolah lagi," katanya selepas meninjau tapak Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah baru di Petagas, di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Daerah Putatan, Awang Ghani Pengiran Yusoff dan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan Jabatan Pelajaran Sabah, Sadim Abdul.

Menurut Yahya, kini hanya terdapat dua sekolah menengah di daerah ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan dan SMK Tansau.

Beliau berkata, pembinaan kedua-dua sekolah yang masing-masing mempunyai 35 bilik darjah dan mampu menampung sehingga 3,000 pelajar tersebut dijangka memakan masa paling lama tiga tahun.

Katanya, kini usaha mengambil alih kawasan tanah berkenaan telah dilakukan dan jalan raya telah mula dibina di kawasan berkenaan.

“Oleh itu, dalam tempoh terdekat kerja menimbus kawasan ini akan dilakukan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.