saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 15/01/2013

Memartabat karya pelbagai kaum

Pengarah Simposium Penulis Pelbagai Kaum 2012, Zainal Abidin Suhaili menyampaikan cenderamata kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau (empat dari kiri) di Miri baru-baru ini.

MIRI 14 Jan. - Sejak beberapa dekad lalu, negeri ini melahirkan ramai penulis berbakat besar daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Iban, Cina, Bidayuh, Melanau, Bisaya dan Orang Ulu.

Bagi mempertemukan semua penulis pelbagai keturunan yang menulis dalam bahasa Melayu dan bahasa etnik lain itu, Simposium Penulis Pelbagai Kaum (SPPK) 2012 diadakan di bandar raya ini baru-baru ini.

Persatuan Penulis Utara Sarawak (Putera) sekali lagi diberi hak menganjurkan SPPK 2012 yang menghimpunkan 100 penulis dan aktivis sastera tanah air dari negeri ini, Sabah, Labuan dan Kuala Lumpur.

Turut menyertainya ialah peserta dari negara Asia Tenggara seperti Brunei, Thailand dan Indonesia.

Sebanyak tujuh kertas kerja dibentangkan dalam simposium berkenaan sekali gus menterjemahkan suasana karya dan penulis pelbagai kaum di negara ini.

Bertemakan Sastera Kebangsaan: Perpaduan dalam Kepelbagaian, simposium itu dianjurkan Putera dan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Setiausaha Satu Putera, Jaya Ramba berkata, SPPK menjadi wadah kepada usaha melahirkan penulis dan karya yang sejajar dengan semangat 1Malaysia.

"Simposium kali ini bertujuan membincangkan karya-karya penulis pelbagai kaum pada era moden yang penuh dengan cabaran.

"Dalam masa sama, ia bagi merangsang penglibatan generasi muda dalam kegiatan sastera sebagai wacana ilmu," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Jaya berkata, dalam masa sama simposium berkenaan merumus kaedah terbaik memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Katanya, perkara itu sekali gus menggalakkan penglibatan, penyertaan dan dukungan masyarakat dalam memperkembangkan bahasa dan sastera kebangsaan.

"Melalui simposium ini, kita mahu menanam kesedaran bahawa usaha memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan adalah tanggungjawab semua kaum.

"Inilah acara besar yang akan membincangkan arah tuju karya dan penulis pelbagai kaum di Malaysia," katanya.

Sebanyak lapan resolusi berjaya dicapai di penghujung simposium berkenaan iaitu:

l Mempereratkan hubungan para penulis pelbagai kaum melalui pertemuan umum dan hubungan peribadi dengan lebih kerap.

l Karya peserta SPPK hendaklah dikumpul untuk diterbitkan dalam antologi pada setiap kali pertemuan.

l Menerbitkan kertas kerja daripada siri simposium sebagai usaha mendokumentasikan serta membuka ruang yang lebih wajar kepada penulis pelbagai kaum untuk bersaing di peringkat kebangsaan.

l Mencadangkan kepada DBP sama ada di Malaysia atau Brunei untuk turut serta dalam menganjurkan SPPK.

l Menjadikan simposium sebagai medan atau ruang mendokumentasikan data, fakta dan maklumat ilmiah tentang karya, penulis dan kegiatan.

l Mencadangkan kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah dan menengah.

l Penganjuran SPPK di Kota Kinabalu pada 2013.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.