saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 17/01/2013

Lahirkan kanak-kanak serba boleh

Mohd. Shafie Apdal diiringi Hassan Mohd. Amin bersalaman dengan murid-murid Tabika Kemas dan ibu bapa dalam program Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Sabah di Dewan Sekolah Menengah Teknik, Likas, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd Aminuddin

KOTA KINABALU 16 Jan. - Proses perkembangan kanak-kanak yang menumpukan sepenuhnya kepada pendidikan akademik semata-mata tidak memadai kerana wajar disertai dengan asas kemahiran lain.

Langkah itu bagi memastikan kanak-kanak menjadi modal insan cemerlang yang serba lengkap dan berkebolehan apabila dewasa kelak.

Menyedari kepentingan itu, Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah mengambil inisiatif membantu kanak-kanak mengasah kemahiran dan bakat mereka menerusi penganjuran Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Sabah, baru-baru ini.

Majlis itu berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Teknik, Likas, dekat sini.

Sebanyak 11 acara dipertandingkan, antaranya pertandingan pidato, teater, nasyid, boneka tangan, genderang, kompang, bercerita, tilawah, terjemahan, reka cipta dan tarian.

Program tahunan itu merupakan sebahagian aktiviti kokurikulum Tabika Kemas bagi kanak-kanak yang berusia lima dan enam tahun dan dilaksanakan di peringkat Parlimen, negeri dan kebangsaan.

Antara matlamatnya ialah untuk melahirkan modal insan yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

Ketua Pengarah Kemas, Datuk Hassan Mohd. Amin berkata, meskipun ibu bapa merupakan orang terpenting dalam perkembangan anak-anak, mereka sebenarnya memerlukan bantuan tambahan daripada tenaga pengajar di tabika mahupun taska.

"Kita tidak harus menumpukan kepada komponen perkembangan bahasa dan komunikasi serta kognitif semata-mata dalam mengukur kejayaan anak-anak. Sebaliknya, tumpuan kita juga harus terarah kepada pembinaan diri kanak-kanak itu dari segi fizikal, emosi dan rohani.

"Selain itu, kanak-kanak perlu diajar kemahiran menyesuaikan diri dalam masyarakat dan tahu menghayati keindahan alam serta mempunyai daya kreativiti yang tinggi," katanya dalam majlis Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Sabah, di sini baru-baru ini.

Majlis dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Tambah Hassan, kerajaan menyedari tanggungjawabnya untuk menyediakan pendidikan awal terbaik dan berkualiti kepada kanak-kanak, tidak kira sama ada di bandar atau di desa.

Katanya, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM98.25 juta untuk pelbagai program seperti Anugerah Desa Cemerlang, My Kampung My Future, Karnival Pemakanan Sihat, aktiviti baik pulih bangunan dan tabika Kemas, bina baharu, penyelenggaraan serta pembinaan sebanyak sembilan buah kelas kabin di seluruh Sabah.

"Sebanyak 1,360 buah kelas Tabika Kemas telah beroperasi dengan 27,014 kanak-kanak tabika di seluruh negara dan penambahan kelasnya akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut permintaan dan keperluan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.