saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 26/03/2013

Naik taraf jalan bermula April

Yahya Hussin bersalaman dengan orang ramai sebaik sahaja tiba pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat Daerah Mengundi Petagas di Kota Kinabalu kelmarin.

KOTA KINABALU 25 Mac - Projek menaik taraf Jalan Putatan-Lok Kawi yang melibatkan kerja pembesaran dan penambahan satu lagi laluan akan dimulakan pada awal bulan depan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, projek bernilai RM136.2 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2015.

"Penambahan satu lagi lorong sedia ada itu amat penting bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya serius yang berlaku sekarang," katanya dalam majlis Pemimpin Bersama Rakyat Daerah Mengundi Petagas di Dewan Raya Petagas di sini, semalam.

Menurut Yahya, kesesakan yang berlaku di jalan berkenaan terutama pada waktu puncak disebabkan pengguna jalan raya yang menuju ke bandar raya Kota Kinabalu pada masa ini tidak mempunyai jalan alternatif lain.

Justeru katanya, pembesaran jalan raya Putatan-Lok Kawi itu amat penting dan membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap masalah yang dihadapi rakyat.

"Keadaan ini perlu diatasi segera kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius yang turut menjejaskan penduduk sekitar daerah Putatan menjalankan aktiviti harian mereka," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan juga akan membina sebuah jejambat di hadapan stesen kereta api di Jalan Putatan bagi memberikan keselesaan kepada pejalan kaki untuk melintas jalan.

Jelasnya, pembinaan jejambat tersebut amat sesuai memandangkan orang ramai sering melintas jalan untuk ke kawasan tamu Putatan.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan juga akan membina sebuah sekolah menengah baharu di Petagas dalam tempoh terdekat.

"Kemudahan ini diperlukan berikutan sekolah menengah sedia ada tidak dapat menampung pertambahan pelajar pada setiap tahun yang mana Putatan hanya mempunyai dua buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan dan SMK Tan Sau," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.