saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 27/03/2013

Hospital Umum Sarawak terbakar

KAKITANGAN hospital mengalihkan pesakit ke tempat selamat selepas terowong utiliti Hospital Umum Sarawak terbakar, malam semalam. - UTUSAN/zaain zin

KUCHING 26 Mac - Orang ramai di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini gempar dan panik apabila terowong utiliti yang terletak di bawah bangunan utama hospital itu terbakar dan diselubungi asap tebal malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu menyebabkan suasana kelam-kabut apabila pelawat dan pesakit berpusu-pusu keluar menyelamatkan diri sebaik sahaja kepulan asap memenuhi beberapa wad di bangunan setinggi sembilan tingkat berkenaan.

Sementara itu, kakitangan hospital pula bertungkus-lumus memindahkan hampir 60 pesakit yang terdiri daripada bayi, warga emas dan kanak-kanak ke tempat selamat.

Salah seorang pesakit, Amnah Mustafa, 58, ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, bunyi riuh-rendah di wadnya yang terletak di tingkat tujuh menyebabkan dia terjaga daripada tidur sebelum terhidu bau benda terbakar.

Katanya, sebaik sahaja dia membuka mata, asap tebal sudah memenuhi ruang wad manakala petugas hospital sibuk menyelamatkan pesakit yang kritikal.

"Bimbang keselamatan diri, saya yang hanya bersendirian tanpa ahli keluarga nekad turun dari tingkat tujuh menggunakan tangga kecemasan walaupun badan terasa lemah dan sakit. Syukurlah tiada kejadian tidak diingini berlaku," katanya yang mengalami penyakit usus dan perlu dibedah dalam masa terdekat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 8.12 malam sebelum menghantar 39 pegawai dan anggota dari tiga balai berdekatan ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran dikesan berlaku di dalam terowong utiliti yang menyalurkan air, udara, elektrik serta sistem pembuangan sisa.

"Setakat pukul 10 malam ini, kita belum mengenal pasti punca sebenar kebakaran tetapi langkah awal untuk mengelakkan api merebak telah dilakukan dengan menutup setiap saluran yang menghubungkan terowong berkenaan dengan bangunan.

"Kira-kira 60 pesakit dari beberapa lokasi berisiko telah dipindahkan ke tempat selamat, sementara kita mencari punca api bermula dan memadamkan kebakaran," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.