saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 13/05/2013

RM4b laksana 1,017 projek

KUCHING 12 Mei - Kabinet negeri meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM4 bilion bagi melaksanakan sebanyak 1,017 projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani berkata, penambahan tersebut menjadikan peruntukan meningkat kepada RM18 bilion dan akan digunakan bagi tujuan pelaburan, pembangunan industri, pembinaan jalan raya, jambatan dan bekalan air bersih.

Katanya, kerajaan negeri sedang meneliti projek-projek yang akan dilaksanakan dan memaklumkan semua agensi yang terlibat.

"Laporan pertengahan penggal (MTR) negeri telah siap dan hanya projek berimpak tinggi terutama dalam konteks pertumbuhan ekonomi yang akan dipertimbangkan.

"Dalam masa yang sama, penjawat awam perlu memastikan kesemua projek RMK-10 sama ada di bawah peruntukan Kerajaan Pusat mahu pun negeri dilaksanakan mengikut kelulusan bajet. spesifikasi dan jadual yang ditetapkan," katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Morshidi berkata, penjawat awam perlu memahami peranan mereka dan bekerja dengan lebih gigih bagi penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan khususnya pelabur.

Katanya, bagi tujuan tersebut beliau telah meletakkan Pengurusan Projek Kecemerlangan sebagai komponen penting dalam penyampaian perkhidmatan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sehingga Mac lalu, sejumlah RM6.5 bilion telah dibelanjakan bagi projek yang dibiayai kerajaan negeri manakala RM6.2 bilion bagi projek dibiayai Kerajaan Pusat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.