saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 01/06/2013

Kampung Titingan bakal jadi bandar baharu

TAWAU 31 Mei - Kampung Titingan di sini berkeluasan kira-kira tujuh hektar yang merupakan salah sebuah perkampungan terawal di daerah ini bakal bertukar wajah menjadi Bandar Baharu Titingan dalam masa terdekat.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, projek pembinaan berkonsepkan 'Pembangunan Bersepadu dan Holistik' itu dijangka menelan belanja kira-kira RM5 bilion, sekali gus bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat khususnya daripada aspek peluang pekerjaan.

"Pembinaan bandar baharu ini akan mengimbangi keperluan komersial, pentadbiran daerah dan pembangunan masyarakat yang meliputi aspek kesihatan, pendidikan dan sosioekonomi sekali gus menjadi satu lagi mercu tanda daerah ini dan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penubuhan Koperasi Binaan Tawau Sabah Berhad dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara koperasi berkenaan dan Syarikat Akar Budi Tuah Sdn. Bhd. (Akar Budi Tuah) di sini kelmarin.

Akar Budi adalah syarikat yang akan bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) untuk membangunkan Bandar Baharu Titingan.

Ketika menghadiri Majlis Kesyukuran bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas pula, Tawfiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas dan Ketua UMNO Bahagian Tawau menyeru pimpinan parti supaya terus bekerja keras mendekati rakyat.

Katanya, seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya berasa selesa dengan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, sebaliknya perlu menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan perubahan demi memenangi hati rakyat dan memperkukuhkan kembali kedudukan BN sebelum pilihan raya akan datang.

"Antara yang perlu dilakukan ialah mendaftarkan pengundi muda dan menarik mereka menyertai BN dan tugas itu tidak harus hanya digalas oleh Pemuda dan Puteri sahaja, tetapi perlu dilaksanakan oleh semua peringkat parti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.