saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 14/06/2013

50,000 unit rumah di Sarawak

Abang Johari Tun Openg (tiga dari kanan) menyerahkan replika kunci kepada salah seorang penerima sewaktu majlis penyerahan kunci rumah PPR Bandaria Park di Jalan Bintulu-Sibu, semalam.

BINTULU 13 Jun - Kementerian Perumahan negeri merancang membina 50,000 unit rumah bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah di negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, bagi mencapai sasaran tersebut kementerian akan membangunkan 10,000 unit rumah setahun melalui kerjasama dengan Jabatan Perumahan Negara (JPN), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Katanya, kerajaan negeri akan membuka tapak-tapak tanah untuk tujuan berkenaan dan merancang membina 2,000 unit rumah di Sungai Plan di sini dalam tempoh dua tahun akan datang.

"Selain itu, tambahan 3,500 unit rumah lagi akan dibina di Bintulu pada masa akan datang yang mana tempatnya bakal dikenal pasti.

"Dalam pada itu, kerajaan negeri merancang untuk membangunkan rumah panjang dengan reka bentuk lebih moden dan projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Jepak di sini," katanya.

Beliau berucap demikian dalam majlis Penyerahan Kunci Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bandaria Park di Jalan Bintulu-Sibu semalam.

PPR yang telah dibangunkan di Bintulu merangkumi 17 blok dengan 1,000 unit rumah dengan tiga bilik, dua bilik mandi, ruang tamu, ruang makan dan dapur.

Ini merupakan pangsapuri transit kepada penyewa sebelum mereka membangunkan rumah sendiri termasuk 10 unit rumah dengan bilik khas untuk orang kurang upaya (OKU).

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kesejahteraan penduduk menjadi agenda utama kerajaan supaya tidak timbul masalah sosial dalam bandar.

Katanya, apabila merancang perumahan baharu, kerajaan mengambil kira kehendak masyarakat agar mereka dapat hidup dengan selesa, sekali gus menyumbang semula kepada negara.

"Kerjasama kukuh dengan kerajaan Persekutuan akan memudahkan lagi bantuan peruntukan diberikan untuk membangunkan perumahan di negeri ini.

"Kementerian Perumahan Sarawak menyasarkan setinggan sifar di Sarawak menjelang tahun 2020, justeru kemudahan perumahan yang diperlukan oleh rakyat akan terus diberi keutamaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.