saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 10/11/2013

Balai Seni Lukis Sabah galeri hijau pertama negara

KOTA KINABALU 9 Nov. - Bangunan Konservasi Balai Seni Lukis Sabah (BSLS) yang dibina dengan kos RM16 juta di bawah peruntukan kerajaan negeri menjadi galeri hijau pertama di Malaysia.

Pusat itu menghimpunkan koleksi seni lukis dan visual pelbagai genre sebanyak 3,376 buah yang dihasilkan oleh pengkarya tempatan dan antarabangsa dengan nilai dianggarkan melebihi RM10 juta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (gambar) berkata, kewujudan bangunan konservasi BSLS telah melonjakkan usaha kerajaan negeri ke satu tahap ke hadapan dalam usaha untuk menjadikan industri seni lebih berdaya saing.

''Saya percaya bangunan balai seni lukis ini berupaya melengkapkan hasrat dan aspirasi para pengkarya dalam melaksanakan agenda dan program berkaitan seni visual khususnya di Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bangunan Pusat Konservasi Balai Seni Lukis Sabah sempena perayaan 50 Tahun Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia di sini malam tadi.

Yang turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun; Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah, Datuk Wences Angang; Pengurus BSLS, Jennifer P. Linggi dan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Jonniston Bangkuai.

Musa berkata, dengan adanya bangunan itu, tentunya akan meningkatkan nilai tambah kepada produk pelancongan sedia ada, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kadar kehadiran pelancong ke negeri ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.