saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 16/09/2014

Merdeka amat bermakna bagi Alli

BONG Kee Chok (kanan) menziarahi Alli Kawi (dua dari kanan) di kediaman anaknya di Taman Sourabaya di Kuching baru-baru ini.

KUCHING 15 Sept. - Sebaik sahaja dimaklumkan terjemahan isi kandungan surat daripada Ketua Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (Paraku), Bong Kee Chok, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Komponen, Datuk Seri Alli Kawi begitu teruja dan gembira apabila insurgensi di negeri ini bakal berakhir.

Surat yang ditulis oleh Kee Chok mewakili Paraku iaitu sayap angkatan bersenjata Biro Kedua Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) ditujukan kepada Ketua Menteri ketika itu, Tun Abdul Rahman Yaakub bertujuan menyerah diri dan mengadakan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan.

Alli menerima dua surat tersebut daripada komunis ketika beberapa anggota pengganas itu ditahan dalam perjalanan ke Kuching menerusi sekatan jalan raya berhampiran Pantu dan Simanggang (kini Sri Aman) ke Sibu.

Surat berkenaan kemudian diterjemah oleh seorang penterjemah Cina dari Hong Kong yang sudah lama bekerja dengan Cawangan Khas.

"Surat tersebut ditulis kira-kira empat dekad lalu dan masih saya ingat, ketika penterjemah, Chen menyerahkan terjemahan surat itu kepada saya, dia menggigil dan hampir menangis kerana tidak menyangka insurgensi di Sarawak akan berakhir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mengimbau kembali detik-detik bersejarah tersebut, Alli, 80, yang kini tinggal di Putrajaya berkata, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai terjemahan surat itu dia telah menawarkan diri kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak ketika itu, Tan Sri Hamdan Sirat sebelum diarahkan untuk memberitahu Ketua Menteri bagi persediaan perbincangan.

"Saya tidak mahu Rundingan Sri Aman gagal seperti Rundingan Baling 1955, saya letakkan harapan tinggi supaya perjanjian ini berjaya. Jadi saya tawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam perbincangan itu sebelum perjanjian persefahaman ditandatangani," katanya.

Alli yang berusia 39 tahun ketika itu berkata, dia tidak memikirkan nasib diri serta apa yang bakal menimpa isteri dan empat orang anaknya yang masih kecil kerana hatinya sudah bertekad untuk menjayakan rundingan damai demi kepentingan Sarawak dan negara tercinta.

Katanya, antara faktor kejayaan perbincangan itu berjaya adalah bahasa pertuturan yang digunakan kedua-dua pihak ketika itu adalah bahasa Inggeris.

"Nasib baik Kee Chok fasih dalam bahasa Inggeris, jadi beliau dapat memahami perasaan dan keikhlasan setiap maksud yang saya sampaikan ketika itu.

"Saya turut menerangkan kepada beliau mengenai kesan dan akibat peperangan yang tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat dengan mengambil contoh-contoh yang berlaku di negara luar, selain menjelaskan kepentingan keamanan daripada ideologi," katanya.

Tambahnya, perbincangan yang berlangsung selama dua hari itu merupakan kejayaan besar baginya dan negara kerana tidak pernah berlaku seluruh dunia lebih 500 komunis rela hati berundur.

Alli yang bertindak sebagai orang tengah ketika rundingan tersebut berkata, tidak mudah untuk memujuk pengganas komunis bagi menamatkan pemberontakan mereka tetapi beliau bertekad menjayakan proses tersebut serta tidak mahu ia berakhir dengan kegagalan.

"Pada mulanya Kee Chok dan rakan-rakan berasa tidak begitu selesa, namun melalui jaminan serta keikhlasan yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan, rundingan menjadi lebih santai dan mesra," katanya.

Alli berkata, pada 21 Oktober 1973, perjanjian antara kerajaan negeri diwakili Tun Abdul Rahman dan Kee Chok yang dikenali Pengisytiharan Sri Aman itu cukup bersejarah sehinggakan Bahagian Simanggang ditukar nama kepada Sri Aman.

Bagi Alli, sememangnya mencapai kemerdekaan adalah begitu bermakna bagi sesebuah negara dan rakyatnya khususnya Malaysia yang meraikan Hari Kemerdekaan Ke-57 pada setiap 31 Ogos.

Namun katanya, semua itu tidak bermakna jika nilai tersebut hanya dirasai oleh generasi dahulu dan sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun akan menjadi retorik semata-mata jika diraikan tanpa penghayatan yang sebenar.

"Saya tidak nampak dalam diri generasi muda hari ini yang betul-betul memiliki semangat kemerdekaan terhadap negara sebaliknya hanya berlatar belakangkan dengan penyertaan masing-masing ketika sambutan 31 Ogos.

"Generasi muda beruntung kerana tidak perlu bimbang tentang usaha untuk bebas daripada ancaman pengganas tetapi apa yang boleh mereka lakukan hari ini adalah tonjolkan kebolehan diri seperti rakyat dari negara maju lain agar nama Malaysia dikenali," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.