saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 12/10/2014

Tangani pemburu haram di Sabah

SANDAKAN 11 Okt. - Kerajaan negeri tekad tangani tindakan rakus pemburu haram yang masih berleluasa di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagi menangani tindakan tidak beretika tersebut, kerajaan negeri bercadang mewujudkan panduan baharu yang dilihat lebih tegas dalam menangani kes seumpama itu.

Katanya, tindakan mewujudkan panduan baharu itu diharap akan dapat membantu membendung kegiataan pemburuan haram terus berlaku di negeri ini.

"Cadangan ini dilihat sangat tepat bagi menghalang aktiviti pemburuan hidupan liar secara haram di sini negeri ini bagi tujuan komersial terus berlaku di Sabah," katanya selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-50 Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, di sini semalam.

Yang hadir sama Pembantunya, Datuk Pang Yuk Ming dan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Laurentius Ambu.

Mengulas lanjut, Masidi berkata, perbincangan bersama pihak terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang bagi menilai semula tindakan ke atas pemburuan haram yang masih berlaku ketika ini.

Menurutnya, panduan itu kelak turut berasaskan amalan baik negara lain dalam menangani pemburuan hidupan liar.

Jelasnya, permintaan tinggi daging eksotik menyebabkan aktiviti itu berleluasa di pedalaman dan di kawasan hutan simpan.

Tambahnya, suatu yang sukar untuk memastikan pemburan haram tidak langsung berlaku tetapi sekurang-kurangnya wujud satu panduan baharu bagi menghalang aktiviti tidak bermoral tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.