saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 13/10/2014

Langkah kurangkan jenayah

ADENAN SATEM

KUCHING 12 Okt. - Langkah kerajaan untuk menambah sebanyak 11,757 anggota polis seperti diumumkan dalam Bajet 2015 merupakan langkah proaktif ke arah mengurangkan kadar jenayah di negara.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, tindakan tersebut bukan sahaja dapat mengurangkan kadar jenayah malah memberi banyak manfaat kepada keselesaan dan keselamatan rakyat.

Katanya, beliau sangat gembira dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu terutama peruntukan yang banyak kepada pihak polis bagi penambahan anggota dan aset mereka.

"Semakin ramai anggota polis, kita akan berasa lebih selamat kerana sudah semestinya langkah kawalan jenayah menerusi rondaan keselamatan dapat lebih ditingkatkan.

"Walaupun kadar jenayah di Sarawak masih terkawal namun kejadian jenayah melibatkan harta benda masih merisaukan kami di sini," katanya semasa ucapan merasmikan Karnival 1KDN di pekarangan Stadium Negeri, di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Mohd. Khalid Shariff.

Pelbagai program dan aktiviti menarik disediakan dalam karnival selama tiga hari itu melibatkan penyertaan kesemua jabatan dan agensi dalam Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, indeks jenayah di seluruh negara bagi tempoh lapan bulan tahun ini mencatat penurunan 18,930 kes atau 19 peratus (111,678 kes) berbanding 130,608 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lepas.

"Malaysia dinamakan sebagai negara paling selamat dalam kalangan 19 negara berpendapatan sederhana tinggi dan ke-12 paling selamat secara keseluruhannya iaitu mengatasi Amerika Syarikat dan United Kingdom mengikut kajian World Justice Project pada 2012.

"Bagi Sarawak pula, statistik memperlihatkan tempoh Januari hingga Ogos ini, sejumlah 6,198 kes direkodkan di mana berlaku penurunan kes jenayah sebanyak 1,508 kes (19.6 peratus) berbanding sebanyak 7,706 kes direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.