saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 13/10/2014

Sabah berpotensi jadi hab industri farmaseutikal

MUSA Aman (tengah) menekan butang ketika merasmikan Kongres Kesatuan Farmaseutikal Asia Ke-25 di Kota Kinabalu, kelmarin.

KOTA KINABALU 12 Okt. - Peluang luas dalam bidang farmaseutikal seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat di negeri ini dalam mencipta pelbagai bidang perniagaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, rakyat di negeri ini perlu merebut peluang dalam bidang yang mempunyai potensi besar tersebut, sekali gus memajukan lagi industri itu di Sabah.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri merancang untuk menjadikan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) sebagai hab biotektonologi.

"Bagi merealisasikan hasrat tersebut, usaha permulaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah menggembangkan industri farmaseutikal di Sabah," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Kesatuan Farmaseutikal Asia (FAPA) Ke-25, di sini semalam.

Yang hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun; Presiden FAPA, John Chang dan Pengerusi Penganjur, Datuk Nancy Ho.

Kongres yang pertama kali diadakan di Sabah itu disertai oleh 1,200 peserta dari 23 buah negara seperti Australia, Brunei, Kemboja, Bangladesh, Ghana, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Ireland, Jepun, Macau, Nepal, Nigeria, Pakistan, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Mengulas lanjut, Musa berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha memajukan bidang kesihatan farmaseutikal di Sabah, selain memantapkan lagi kemudahan kesihatan yang berkonsepkan pelancongan di negeri ini.

Menurutnya, usaha itu seiring dengan program sama dilaksanakan oleh negara yang mengorak langkah ke arah memajukan industri farmaseutikal dengan menawarkan kemudahan rawatan perubatan premium berkualiti sebagai pilihan kepada rakyat.

Tambahnya, kerajaan negeri yakin Sabah dapat menjayakan pembangunan industri farmaseutikal dengan lebih jaya, malah mewujudkan sebuah hab industri farmaseutikal seperti yang dirancang.

Jelasnya, hasil daripada inisiatif tersebut sudah pasti bakal memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan sektor farmaseutikal dan perubatan negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.