saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 13/10/2014

Peningkatan penyertaan masyarakat dalam keusahawanan - Mohd. Naroden

KUCHING 12 Okt. - Penyertaan masyarakat dalam keusahawanan menunjukkan peningkatan dengan dianggarkan lebih 90,000 ribu usahawan di seluruh negeri.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) negeri, Datuk Mohd. Naroden Majais berkata, jumlah tersebut merupakan usahawan yang telah berdaftar termasuk anggaran usahawan-usahawan mikro yang masih belum mendaftar.

"Pada 2007, hanya lebih kurang 4,000 usahawan berdaftar yang mana meningkat kepada 43,800 orang sehingga tahun lalu.

"Bererti 11 kali ganda peningkatan usahawan di negeri ini dapat dilihat dalam tempoh tujuh tahun. Namun, masih terdapat jumlah majoriti usahawan mikro di kampung-kampung dijangka hampir 50,000 orang yang belum berdaftar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Program Taklimat Pembiayaan Perniagaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Pengarah Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB), Kameri Affandi dan Ketua Unit Promosi dan Pembangunan Usahawan PUNB, Rohana Ibrahim.

Pada majlis itu, beliau juga menyaksikan perjanjian persefahaman (MoA) di antara Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB), Jabatan Ketua Menteri dan Irshad HR Consulting Sdn. Bhd. (Irshad).

Perjanjian berkenaan bagi menjalankan Program Pembangunan dan Peningkatan Kejayaan Usahawan Eksport (SEED-Eksport) yang mengambil masa selama setahun bermula 1 Julai lalu sehingga 30 Jun tahun hadapan.

Tambah beliau, usahawan dan bakal memulakan perniagaan diharap merebut peluang sedia ada seperti pembiayaan pinjaman dan geran yang disediakan kerajaan untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Dalam pada itu, mengulas SEED-Eksport, Mohd. Naroden berkata, seramai 15 usahawan tempatan dalam pelbagai sektor telah ditapis dan dipilih sebagai perintis dalam program itu.

"Mereka akan diberikan ilmu pengetahuan, bimbingan dan inspirasi yang dapat meningkatkan pengeluaran produk masing-masing untuk meluaskan lagi pasaran sama ada dalam mahupun luar negara," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:32
Maghrib 7:05
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.