saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 13/10/2014

Segera salur pemberian subsidi padi bukit berjumlah RM70 juta

KUCHING 12 Okt. - Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang menyambut baik pemberian subsidi padi bukit berjumlah RM70 juta oleh kerajaan Pusat bagi memperkukuhkan rantaian bekalan makanan di Sabah dan Sarawak.

Beliau berharap, bantuan subsidi itu dapat disalurkan secepat mungkin supaya dapat kerajaan negeri dapat merancang dan melaksanakan strategi yang efektif untuk manfaat para petani yang masih mengamalkan penanaman padi bukit di Sarawak.

"Peruntukan itu juga dapat meningkatkan lagi pembangunan dan pengeluaran hasil padi bukit di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai bantuan subsidi padi bukit berjumlah RM70 kepada Sarawak dan Sabah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2015 di Parlimen, Jumaat lalu.

Subsidi yang julung-julung kali diberikan itu akan memberi manfaat kepada kawasan penanaman padi seluas 76,000 hektar.

Sementara itu, Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) negeri, Datuk Sylvester Entri Muran pula berkata, melalui pemberian baja padi bukit tersebut, akan dapat meningkatkan lagi hasil padi petani di negeri ini.

"Melalui peningkatan hasil padi bukit, petani di luar bandar akan pasti mendapat makanan sebagai 'self-reliant' dan mungkin ada yang lebih untuk dijual sebagai pendapatan mereka," katanya di sini semalam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:35
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.