saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 13/10/2014

Program Wilayah Persekutuan Prihatin dekati masyarakat

ROZMAN Isli (empat dari kiri) melawat dan menyampaikan bantuan kepada penerima yang lumpuh, Lamiah Laman (berkerusi roda) di Kampung Sungai Bedaun, Labuan, baru-baru ini.

LABUAN 12 Okt. - Program Wilayah Persekutuan Prihatin yang dianjurkan secara bergilir-gilir setiap minggu oleh tiga sayap UMNO Bahagian Labuan diyakini berjaya mendekati masyarakat akar umbi yang memerlukan bantuan.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, program tersebut juga merupakan langkah awal UMNO dalam mendidik generasi muda terutama Pemuda dan Puteri untuk berinteraksi selain menyelami permasalahan golongan tersebut.

"Program ini merupakan masa terbaik untuk mereka berinteraksi dengan mengambil tahu permasalahan yang dihadapi golongan memerlukan.

"Selain itu, program ini jelas menunjukkan komitmen UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional membantu membela nasib rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Wilayah Persekutuan Prihatin selepas melawat dan menyampaikan bantuan ke rumah warga emas di Kampung Sungai Bedaun, di sini baru-baru ini.

Program yang dilaksanakan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Labuan turut dihadiri ketuanya, Nur Erney Jamil; Ketua Cawangan UMNO Kampung Sungai Bedaun, Sahari Hamdan dan Ketua Biro Kebajikan UMNO bahagian, Suhaili Amir.

Seramai enam warga emas yang berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk mereka yang terlantar terpilih untuk menerima bantuan keperluan harian termasuk wang tunai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.