saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 14/10/2014

Rebut skim pembiayaan usahawan

Radin Malleh

TENOM 13 Okt. - Rakyat khususnya golongan bumiputera digesa mengambil peluang daripada pelaksanaan program-program serta skim pembiayaan keusahawanan yang akan diperkenalkan kerajaan menerusi Bajet 2015 bagi meningkatkan potensi perniagaan mereka.

Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh berkata, bajet yang diumumkan itu juga merupakan bajet yang seimbang serta berfokus dan membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat.

Malah jelasnya, peningkatan bajet sebanyak RM9.8 bilion berbanding bajet dahulu menunjukkan komitmen kerajaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara selain meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan kesejahteraan hidup rakyat, terutama masyarakat luar bandar.

"Oleh itu, ambil peluang ini, pelaksanaan program-program dan skim membiayai bidang keusahawanan yang akan diperkenalkan nanti. Ini supaya rakyat, khususnya usahawan dapat meningkatkan potensi masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Gereja St. Francis Asisi yang baharu di Pangalat dekat sini semalam.

Radin yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) memberitahu, peningkatan jumlah peruntukan untuk pembangunan infrastruktur dan kualiti hidup rakyat di luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak juga sebagai kesungguhan kerajaan BN mewujudkan komuniti progresif luar bandar yang mampu menghadapi cabaran-cabaran pembangunan semasa.

Selain itu jelasnya, peruntukan tinggi kepada pasukan keselamatan akan memastikan kejayaan menjaga kedaulatan negara daripada ancaman dan pencerobohan termasuk menangani kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

"Kita yakin melalui program-program penyeragaman harga juga akan dapat menstabilkan harga barangan keperluan di Sabah yang pada ketika ini lebih mahal berbanding di Semenanjung," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.