saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 14/10/2014

Taska di tempat kerja ditambah - Adenan

KUCHING 13 Okt. - Kerajaan negeri akan menambah lebih banyak taman asuhan kanak-kanak (taska) di tempat kerja memastikan ibu bapa yang bekerja dapat menempatkan anak-anak mereka yang masih kecil di bawah pengasuh berkelayakan.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau memberi jaminan perkara itu dan akan mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam masa terdekat untuk memastikan perkara ia menjadi kenyataan.

"Menambah bilangan taska di tempat kerja merupakan perkara agak asing di negeri kita ini namun perkara itu telah lama berkembang terutama di negara-negara luar seperti Australia dan New Zealand.

"Ketika ini, hanya ada empat buah taska di tempat kerja sama ada jabatan atau agensi kerajaan di negeri ini. Jumlah ini sangat kecil kerana saya percaya permintaan ibu bapa yang bekerja sangat tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Pendidikan Prasekolah Ke-9 di Hotel Imperial di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah.

Dalam perkembangan lain, Adenan juga meluluskan permohonan Fatimah bagi mendapatkan peruntukan lebih besar untuk mengadakan Konvensyen Pendidikan Prasekolah pada tahun hadapan.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa memberi keutamaan dalam apa jua program berkaitan pengurusan dan pendidikan awal kanak-kanak.

"Kanak-kanak merupakan satu aset paling berharga kerana merekalah nanti yang bakal menyambung kesinambungan pentadbiran di negeri dan negara ini pada masa hadapan.

"Saya dan anda tentu ingin melihat generasi pewaris kita pada masa hadapan terdiri daripada mereka yang berpelajaran tinggi. Jadi usaha itu perlu bermula dari sekarang iaitu memberi perhatian dalam pembesaran anak-anak kita ini," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:35
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.