saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 14/10/2014

Pembinaan Pusat Pentadbiran dan Kebudayaan Masyarakat Bajau Samah Sabah disambut baik

MUSBAH Jamli (dua dari kiri) memukul gong sebagai simbolik perasmian pelancaran album karaoke Bajau Samah, Boneka Mega Hits Volume Satu, di Kota Belud, Sabah, kelmarin.

KOTA BELUD 13 Okt. - Persatuan Bangso Bajau Samah (PBBS) menyambut baik bantuan kerajaan dalam menyediakan dana bagi pembinaan Pusat Pentadbiran dan Kebudayaan Masyarakat Bajau Samah Sabah yang dilihat sangat penting untuk mengembangkan lagi aktiviti kumpulan masyarakat tersebut.

Timbalan Presidennya, Datuk Musbah Jamli berkata, pembinaan Pusat Pentadbiran dan Kebudayaan itu kelak akan membolehkan PBBS mempunyai bangunan sendiri, sekali gus memudahkan pelaksaan serta perancangan yang mahu dilaksanakan oleh pihak persatuan.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan nege­ri berkata, kos pelaksanaan pusat tersebut yang dianggarkan berjumlah RM7 juta di kawasan peranginan Pantai Dalit, Tuaran bakal memberi manfaat besar dalam membantu mengetengahkan budaya kaum itu kepada orang ramai khususnya dalam bidang pelancongan negeri.

"Persatuan telah diberi kelulusan peruntukan sebanyak RM3.5 juta bagi tahap pertama pembinaan pusat ini, manakala tambahan lagi RM3.5 juta akan menyusul sebaik sahaja pembinaan projek itu bermula," katanya selepas merasmikan pelancaran album karaoke Bajau Samah berjudul Boneka Mega Hits Volume Satu keluaran Boneka Klasik Studio, di sini semalam.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Jeremmy @ Ukuh Malajad; Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Norsafi Dukah dan Pengerusi Penganjur, Datu Hamizan @ Lelang Datu Sairin.

Mengulas lanjut, Musbah berkata, peruntukan itu membuktikan hasrat kerajaan untuk memperkasakan lagi kepelbagaian budaya yang terdapat di negeri ini, sekali gus menjadikan ia satu realiti buat masyarakat Bajau Samah.

Beliau yang juga ADUN Tempasuk berkata, pelbagai manfaat lain akan turut sama dikecapi menerusi pembinaan pusat tersebut termasuk memartabatkan profesionalisme ahli persatuan itu dalam bidang masing-masing.

Selain itu menurutnya, pusat itu juga mampu bertindak sebagai 'penyebar' seni budaya dan tradisi masyarakat Bajau Samah di negara ini, sekali gus menjadi contoh serta rujukan kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, PBBS juga akan berusaha menjadi salah satu institusi penggerak kepada seni kebudayaan di negeri ini, selain dalam masa yang sama memain peranan dalam mengukuh serta mengeratkan hubungan muhibbah dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Jelasnya, persatuan juga akan menjadi sebuah institusi berdaya maju serta memperkasakan kepakaran profesional dalam kalangan ahli selaras dengan keperluan semasa.

"Menjadi harapan agar pada satu masa nanti, persatuan ini mampu muncul menjadi saluran rasmi kepada ahlinya untuk membantu Sabah dalam memainkan peranan memajukan Sabah terutama dalam sektor pelancongan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.