saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 15/10/2014

Tanggungjawab kepada rakyat, perjuangan utama BN

KOTA BELUD 14 Okt. - Barisan Nasional (BN) bukan sebuah parti yang hanya tahu berpolitik 24 jam sebaliknya merupakan sebuah parti komponen yang sentiasa bekerja keras dalam memastikan kehidupan rakyat dan pembangunan negara dapat dilaksanakan sebaiknya.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, BN mempunyai tanggungjawab besar dalam membina Malaysia sebagai sebuah negara maju, malah memastikan negara mampu menghasilkan modal insan terbaik dalam memacu kepesatan ekonomi.

Menurutnya, sebagai sebuah parti yang berpengaruh, BN perlu memain peranan sebenar dalam menjayakan segala agenda transformasi negara yang digariskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, tegasnya, meskipun BN kalah di beberapa kerusi di negeri ini, namun pembelaan tetap dilakukan kepada golongan masyarakat yang berada di kawasan tersebut termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

"Kerajaan sama sekali tidak pernah meminggirkan kawasan yang dikuasai oleh pihak pembangkang dan buktinya adalah DUN Kadamaian tidak pernah tercicir daripada arus pembangunan negara apabila turut disalurkan peruntukan meskipun BN tewas di kawasan ini.

"DUN Kadamaian sentiasa dekat di hati dan saya tahu rak­yat di kawasan ini memerlukan pembelaan sewajarnya, maka saya akan terus memberi bantuan yang termampu terhadap aspek pembangunan di daerah ini," katanya ketika berucap dalam majlis santai bersama menteri di kediaman Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Kadamaian, Demis Rumanti di Melangkap, dekat sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Bahagian PBS Bahagian Kadamaian, Berahim Taliban dan Penolong Pegawai Daerah Kota Belud (Pembangunan), Norsafi Dukah.

Pada majlis itu, Abd. Rahman turut mengumumkan peruntukan RM500,00 kepada PBS Bahagian Kadamaian bagi parti itu melaksanakan projek pembangunan di kawasan tersebut.

Mengulas peranan penting PBS dalam BN, Abd. Rahman berkata, parti komponen itu perlu melaksanakan segala peranan serta mendokong sepenuhnya agenda transformasi yang ingin dilaksanakan negara.

Sehubungan itu, katanya, PBS perlu menjadi sebuah parti yang lebih kuat dan diterima seluruh masyarakat berbilang kaum di negeri ini menerusi agenda perjuangan rakyat.

Tambahnya, seluruh parti komponen BN perlu berganding bahu serta mengukuhkan hubungan agar setiap perancangan yang dirancangkan oleh kerajaan demi kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan dengan berjaya.

"Saya tidak dapat nafikan betapa PBS merupakan salah satu parti dalam BN yang sangat kuat di negeri ini, malah mempunyai pengaruh besar dan sentiasa dekat di hati rakyat Sabah sejak ia ditubuhkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.