saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 16/10/2014

RISDA lahirkan 113 usahawan

KUCHING 15 Okt. - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) negeri telah berjaya melahirkan 113 usahawan dalam pelbagai bidang sejak beroperasi di Sarawak dalam tempoh lima tahun lalu.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Datuk Naroden Majais berkata, dalam tempoh tersebut, RISDA turut menubuhkan 12 kumpulan Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dengan keahlian seramai 334 orang yang memfokuskan kepada bidang sosial, ekonomi dan keagamaan.

"Sepanjang tempoh lima tahun RISDA beroperasi di negeri ini, banyak aktiviti telah dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup dan pendapatan pekebun kecil.

"Sebelum ini, ramai yang mengetahui RISDA adalah satu agensi Pembangunan Semula Getah sahaja tetapi hari ini, agensi itu turut dikenali menjaga semua urusan pekebun kecil terlibat dalam tanaman getah khasnya dalam menambah pendapatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Bengkel Pembangunan Usahawan dan Wanita Pekebun Kecil RISDA Sarawak di Kompleks Belia dan Sukan di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, seiring dengan perubahan teknologi dan permintaan tinggi pada masa ini, wanita perlu lebih berani merebut peluang bagi memastikan pendapatan keluarga lebih kukuh dan terjamin.

Katanya, bengkel yang diadakan itu misalnya, adalah bagi mengiktirafkan golongan usahawan wanita pekebun kecil di mana peranan mereka pada era yang maju dan moden ini sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni dan berjaya.

"Bengkel ini memberi pendedahan dan penglibatan kepada pekebun kecil dan ahli isi rumah dalam aktiviti RISDA seperti usahawan bimbingan agensi ini, Bantuan Ekonomi Tambahan (AET), PWPK, Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) dan peluang memajukan perusahaan kecil yang telah dijalankan," ujarnya.

Beliau berkata, sebanyak RM686,232 telah diberikan kepada 1,198 orang melalui peruntukan di bawah AET, Pembangunan Usahawan, Kelab Usahawan RISDA (RISEC) dan PWPK sejak 2009 sehingga tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.