saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 16/10/2014

Banjir: Henti tuding jari kepada kerajaan

KOTA KINABALU 15 Okt. - Kejadian banjir kilat di beberapa tempat khususnya di Penampang yang memusnahkan banyak harta benda awam serta tanah runtuh merupakan bencana alam yang tidak boleh dihalang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perkara itu juga berlaku susulan keadaan cuaca yang tidak menentu serta tempias daripada taufan Vongfong yang melanda bahagian Asia Timur.

"Oleh yang demikian, hentikan daripada asyik menyalahkan kerajaan dan pembangunan sebagai punca bencana itu terjadi. Memang terdapat cara untuk mengawal banjir tetapi kita perlu faham ini bencana alam, di luar keupayaan kita.

"Ini sama seperti ribut Greg pada 1996, waktu itu tiada hujan tetapi berlaku banjir besar secara tiba-tiba," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kajian Integrasi Pengurusan Sisa Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik di Sabah di sini semalam.

Banjir kilat di Penampang pada 9 Oktober lalu dikatakan yang terburuk pernah berlaku di daerah itu melibatkan hingga 40,000 orang mangsa dari 70 buah kampung.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Kasigui, Kolopis, Penampang Proper, Dugahang dan Taman Vista serta dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kibabaig dan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael.

Masidi memberitahu, kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap nasib mangsa dan akan berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah banjir kilat.

"Sebagai orang kampung, saya juga faham dengan penderitaan dan apa yang berlaku serta dialami oleh mereka," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.