saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 16/10/2014

Polis sedia bekerjasama salur maklumat tepat kepada media

Muhammad Sabtu Osman bersama kumpulan petugas media dalam Majlis Makan Malam Pesuruhjaya Polis Sarawak Bersama Media di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Sarawak, Kuching, semalam. - UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KUCHING 15 Okt. - Polis Sarawak memberi jaminan akan sentiasa bekerjasama dengan media di negeri ini, untuk menyalurkan dan menghebahkan maklumat tepat kepada orang ramai.

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, ini kerana hasil maklumat tepat yang disalurkan itu dapat membantu mengurangkan kadar jenayah.

Katanya, beliau sendiri sudah mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah (KPD) di negeri ini, agar memberi maklum balas kepada media sekiranya ada persoalan yang dikemukakan kepada mereka.

"Mereka (pegawai kanan polis) boleh memberikan maklum balas terus kepada media dengan menyatakan maklumat yang tepat," katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Bersama Media di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Dr. Chai Khin Chung, semua ketua jabatan dan 28 KPD di negeri ini.

Pada majlis itu, Muhammad Sabtu turut menyampaikan 55 papan kenyataan kepada sekolah yang aktif dalam Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah.

Setakat ini, sebanyak 106 sekolah menengah dan 213 sekolah rendah di negeri ini telah menubuhkan kelab tersebut.

Mengenai majlis makan malam itu, beliau berkata, program tersebut menjadi landasan bagi pihaknya untuk berkenalan, bertukar fikiran dan mendapatkan idea baharu dalam usaha PDRM menjaga keselamatan, di samping mengetahui perkembangan di daerah masing-masing.

"Ketika ini, kedudukan jenayah di Sarawak menunjukkan statistik yang baik dan masih ada masa kira-kira dua bulan setengah untuk diperbaiki agar lebih baik lagi.

"Indeks jenayah terutama pecah rumah menunjukkan peningkatan tetapi jenayah lain menurun," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.