saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 16/10/2014

Wanita dinasihat jangan beri peluang dijadikan mangsa penjenayah

Samsudin Yahya (berdiri, tengah) bersama peserta Program Wanita Anti Jenayah anjuran Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah, kelmarin.

SANDAKAN 15 Okt. - Golongan wanita dinasihatkan supaya jangan memberi ruang dan peluang kepada penjenayah untuk melakukan tindakan ke atas diri mereka.

Itu merupakan peringatan tegas yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berhubung kejadian yang tidak diingini sering kali berlaku terhadap golongan tersebut.

Katanya, golongan wanita terutama gadis perlu sentiasa memastikan tidak ada ruang dan peluang kepada penjenayah melakukan perbuatan jahat terhadap diri mereka, seterusnya mengamalkan sikap berwaspada pada setiap masa.

"Kaum wanita sering menjadi sasaran pihak penjenayah. Sehubungan itu, saya ingin memberi peringatan agar golongan ini sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dalam apa jua tindakan.

"Seharusnya juga kaum wanita untuk tidak membuka ruang dan peluang kepada penjenayah untuk mengambil kesempatan terhadap diri masing-masing, malah sentiasa memikirkan keselamatan diri pada setiap masa," katanya ketika berucap dalam Program Wanita Anti Jenayah (Waja) anjuran Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Parlimen Batu Sapi di sini semalam.

Kira-kira 100 orang peserta terdiri daripada remaja dan ahli Wanita UMNO Batu Sapi menghadiri program sehari tersebut.

Mengulas lanjut, Samsudin berkata, golongan wanita seharusnya tidak mudah terleka atau terpedaya dengan mana-mana pujukan, sebaliknya perlu mempunyai pendirian dalam mempertahankan hak masing-masing.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi berkata, berusaha untuk tidak sahaja menjadi sasaran daripada pihak luar, golongan wanita juga perlu mengetahui hak mereka sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.

Menurutnya, kes keganasan atau penderaan dalam institusi kekeluargaan juga perlu diselesaikan secara bijak oleh golongan wanita dengan melaporkan kepada pihak berkuasa atau pihak berwajib.

Kata beliau, perkara seumpama itu tidak seharusnya dipendamkan atau dibiarkan melarat kerana ia boleh merosakkan emosi dan berlakunya kes penganiayaan.

"Wanita tidak seharusnya berdiam diri dalam soal begini, mereka perlu berani dan tampil mengemukakan aduan kepada pihak bertanggungjawab. Semua ini penting dalam menangani masalah keganasan dalam institusi kekeluargaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.