saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 16/10/2014

Hak asasi kemanusiaan dalam Islam cukup luas

KOTA KINABALU 15 Okt. - Hak asasi kemanusiaan dalam Islam mempunyai maksud yang luas selain meliputi keadilan sejagat termasuk mengambil kira kepentingan kaum, agama dan negara.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Arifin Mohd. Arif berkata, sebagai sebuah agama suci, Islam juga memberi hak yang sama kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan darjat.

Menurutnya, matlamat akhir syariah juga secara jelas menunjukkan Islam memperjuangkan hak asasi kemanusiaan termasuk memberi hak kepada penganut agama lain mengamalkan kepercayaan mereka.

"Sejarah membuktikan hak kemanusiaan dalam tradisi Islam telah diperjuangkan sejak sekian lama bermula dengan Piagam Madinah di zaman Rasullulah SAW.

"Konsep ini juga memberi keadilan kepada seluruh rakyat di bawah pemerintahan kerajaan Islam ," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Forum Kebangsaan Tentang Hak Asasi Kemanusiaan dalam Tradisi Islam di sini semalam.

Terdahulu di majlis sama, beliau melancarkan buku bertajuk Hak Asasi Kemanusiaan Menurut Tradisi Islam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.