SABAH & SARAWAK
ARKIB : 16/10/2014
Kampung Kabong dipilih Desa Altel

SARATOK 15 Okt. - Semasa penggunaan telefon bimbit baharu diperkenalkan di negara ini, pemilik alat komunikasi itu boleh bermegah kerana memiliki gajet canggih.
Sesiapa yang memiliki telefon bimbit dianggap golongan berada kerana bukan calang-calang orang mampu membeli alat komunikasi yang harganya cukup mahal pada waktu itu.
Namun, peredaran masa akhirnya menjadikan telefon bimbit sebagai barang keperluan peribadi yang wajib dimiliki oleh semua individu termasuk kanak-kanak di bangku sekolah.
Pada masa sama, persaingan antara syarikat pengeluar alat komunikasi itu turut menyebabkan harga telefon bimbit semakin murah di pasaran dan mampu dibeli oleh sesiapa sahaja.
Selain syarikat pengeluar telefon bimbit, terdapat juga persaingan antara syarikat perkhidmatan komunikasi mudah alih yang memerlukan pengguna membuat pilihan bijak untuk mendapatkan liputan yang baik.
Bagi penduduk di Kampung Kabong, Kabong di sini, tinggal di kawasan pedalaman iaitu memerlukan lima jam perjalanan darat dari Kuching menghadkan peluang mereka untuk mendapatkan liputan talian telefon dan internet yang memuaskan hati.
Namun segala keluh-kesah itu berakhir selepas mereka beralih menggunakan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih prabayar baharu di Malaysia, Altel Communications Sdn. Bhd. (Altel), mulai Mac lalu.

Liputan baik yang disediakan telah mendorong hampir semua pengguna di Kampung Kabong beralih menggunakan talian Altel untuk berhubung setiap hari termasuk mendapatkan perkhidmatan internet.
Disebabkan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan Altel juga, beberapa penduduk yang menggunakan talian itu tampil menjadi wakil pengedar bagi syarikat terbabit di kawasan berkenaan.
Maklum balas positif dan sikap setia ditunjukkan oleh pengguna di kampung tersebut mendorong Altel memilih Kampung Kabong sebagai Desa Altel baru-baru ini.
Kampung Kabong secara rasmi dinamakan Desa Altel pada majlis perasmian yang disempurnakan Naib Presiden Jualan Altel, Datuk Rosli Manaf bersama Penghulu Kampung Kabong Hilir, Jarawi Amir pada 29 September lalu.
Ketua Jualan Wilayah (Borneo) Altel, Rosalind Mak berkata, rombongan mereka terdiri daripada 20 orang disertai Rosli dan Pengurus Kanan Sokongan Jualan Altel, Nor Hisham Nordin telah disambut oleh kumpulan bermotosikal syarikat itu dari sempadan Kampung Kabong hingga ke pekan Kabong.
"Di Desa Altel, kami ada membuka gerai pameran dan memberi cenderamata dan tambah nilai percuma kepada 150 penduduk kampung yang datang memeriahkan majlis itu.
"Program berlangsung dalam suasana cukup meriah dan kami sempat menikmati makan tengah hari yang menyajikan masakan kampung di rumah seorang penduduk yang juga merupakan wakil pengedar kami di Kampung Kabong," katanya di sini baru-baru ini.
Menurut Rosalind, sambutan baik dan meriah diberikan oleh penduduk kampung menyebabkan rasa kepenatan merempuh perjalanan jauh selama lima jam dari Kuching untuk sampai ke Kabong hilang.
Beliau berkata, lebih mengembirakan apabila mengetahui lebih 800 penduduk di perkampungan itu sudah mendaftar sebagai pengguna Altel.
Katanya, ramai penduduk beralih menggunakan perkhidmatan syarikat telekomunikasi itu kerana berpuas hati dengan liputannya yang luas.
"Penduduk yang majoritinya bekerja sebagai nelayan mengakui mereka kini lebih senang berhubung kerana talian Altel mempunyai liputan luas walaupun ketika berada di tengah laut menangkap ikan," katanya.
Rosalind berkata, selain berusaha mengembangkan perniagaan, pihak syarikat juga tidak pernah lupa terhadap tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan sudah merancang beberapa projek komuniti untuk diadakan di Kampung Kabong dan lain-lain tempat di negeri ini pada tahun depan.
340 anggota PGA Briged Sarawak sertai misi Esscom
Keupayaan wanita bukan retorik, mampu muncul usahawan berjaya
Tiada insiden tembak, rompak - Polis
Melestarikan keharmonian desa
RISDA lahirkan 113 usahawan
Banjir: Henti tuding jari kepada kerajaan
Polis sedia bekerjasama salur maklumat tepat kepada media
Wanita dinasihat jangan beri peluang dijadikan mangsa penjenayah
Hak asasi kemanusiaan dalam Islam cukup luas
Kampung Kabong dipilih Desa Altel
Bario bakal nikmati bekalan elektrik 24 jam
Pembinaan Hospital Sri Aman tidak terbengkalai, tunggu proses pemendapan tanah
Tanggungjawab kepada rakyat, perjuangan utama BN
Usaha murni melindungi wanita
Rebut skim pembiayaan usahawan
Taska di tempat kerja ditambah - Adenan
Pembinaan Pusat Pentadbiran dan Kebudayaan Masyarakat Bajau Samah Sabah disambut baik
Pisang menghasilkan tiga tandan, empat jantung
Langkah kurangkan jenayah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












