saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 17/10/2014

RM31.3j untuk sekolah, badan agama

Musa Aman

KOTA KINABALU 16 Okt. - Kerajaan negeri mengumumkan persetujuan memperuntukkan sejumlah RM31.3 juta bagi disalurkan kepada sekolah dan pertubuhan agama bukan Islam dalam menampung kos harian dan penambahbaikan institusi masing-masing.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM13.8 juta diperuntukkan kepada sekolah-sekolah termasuk sekolah persendirian Cina dan sekolah mubaligh dan tadika.

Menurut beliau, peruntukan untuk pertubuhan agama bukan Islam merangkumi gereja, kuil Buddha serta rumat ibadat penganut Hindu dan Sikh berjumlah RM17.4 juta.

"Peruntukan itu diharap dapat memenuhi sebahagian keperluan kewangan untuk menampung kos harian, melaksana program berkaitan serta penambahbaikan institusi dan badan keagamaan.

"Kita menyedari bahawa institusi pendidikan seperti sekolah amat penting dalam melahirkan rakyat yang berilmu dan berpengetahuan yang akan memacu pembangunan serta kemajuan. Dalam masa yang sama, badan-badan keagamaan memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai mulia dan positif dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyampaian pemberian bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah dan pertubuhan agama bukan Islam bagi wilayah pantai barat Sabah dan pedalaman bawah, di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang dan Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Jame Alip.

Musa memberitahu, sebagai kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, nasib rakyat termasuk membantu sekolah-sekolah dan pertubuhan agama yang mewakili pelbagai kepercayaan dan agama di negeri ini akan terus dibela.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan rakyat agar tidak terikut-ikut dengan amalan pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri memainkan isu berkaitan agama di Sabah.

Ujarnya, hal demikian kerana isu tentang agama dan kaum di negeri ini tidak pernah timbul memandangkan amalan saling hormat-menghormati antara satu sama lain telah lama berakar umbi dalam diri rakyat Sabah.

"Selama ini, kita di Sabah hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni, saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira suku kaum, agama dan budaya, sehinggakan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri mengakui dan mengiktiraf bahawa Sabah adalah contoh terbaik semangat 1Malaysia.

"Oleh itu, sama-sama kita memelihara dan mengekalkan semangat perpaduan, kekitaan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.